-->

Lelaki rugi RM900 gara-gara scammer menyamar jadi staff J&T Express, pihak telko pula tak nak block

Gara-gara termuat turun aplikasi (APK) daripada individu yang menyamar sebagai pekerja J&T Express, seorang lelaki terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM900.

Menurut perkongsian daripada isteri mangsa di Facebook, Noor Izyani Abd Rahman berkata, pada hari kejadian suaminya sedang menunggu penghantaran barangan yang dipesan dan tiba-tiba menerima mesej daripada nombor tidak dikenali melalui WhatsApp.

Download file APK untuk pengesahan?

Individu berkenaan mendakwa dirinya merupakan pekerja J&T Express dan meminta mangsa memuat turun file APK sebelum terus mengesahkan nombor tracking dan alamat penghantaran.

Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa terus akur dan bermulalah perkara yang tidak diingini berlaku.

Beberapa minit kemudian, mangsa menerima mesej memaklumkan ‘T&C Approve’ daripada penyedia telekomunikasi yang membuatkannya berasa tidak sedap hati lalu pergi membuat semakan di pusat perkhidmatan rangkaian tersebut.

Setelah disemak, rupa-rupanya individu yang menyamar sebagai kakitangan J&T Express atau scammer, telah menggunakan akaun (postpaid) mangsa untuk berbelanja menerusi laman web penyedia telekomunikasi itu.

Penyedia telekomunikasi tak nak sekat

Mangsa terus menghubungi pihak perkhidmatan pelanggan dan meminta nombornya disekat bagi mengelakkan penggunaan yang tidak terkawal. Malangnya mangsa mendakwa operator memaklumkan mereka tidak dapat berbuat demikian kerana tiada bukti.

“Kau orang tahu apa diorang cakap? ‘Kami tak boleh buat apa, Encik kena tunggu bil datang 16 haribulan’. Kepala hotak kau la.

“Kau nak tunggu bil berpuluh ribu, berjuta ke baru puas hati kau nak cekik pengguna dan paksa bayar? Kenapa bank boleh cepat bertindak kalau kes membabitkan scammer, terus pihak bank block akaun dan kad,” katanya.

Difahamkan, pihak penyedia telekomunikasi berkenaan memerlukan bukti seperti laporan polis. Karenah birokrasi sedemikian mengundang rasa tidak puas hati mangsa kerana kelewatan mengambil tindakan hanya akan menyebabkan masalah itu menjadi semakin teruk.

“###### tolonglah jangan aniaya dan jerat pengguna macam ni. Benda boleh diambil tindakan segera tetapi sengaja lepas tangan nak tunggu bil keluar bagai. Tolonglah kami rakyat marhaen ini,” katanya.

Sumber: Facebook Noor Izyani Abd Rahman

The post Lelaki rugi RM900 gara-gara scammer menyamar jadi staff J&T Express, pihak telko pula tak nak block appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar