-->

‘Anak saya bukan rempit, dia cuma baiki ekzos buat bising saja’ – Bapa Muhammad Zaharif Affendi

Bapa kepada pelajar tingkatan lima yang maut dilanggar oleh pemandu Ativa dalam kejadian berdekatan SMK Jati, Meru beberapa hari lalu, meluahkan rasa kesal dengan tindakan suspek yang juga merupakan pegawai kanan polis dari PDRM Kontinjen Kedah.

Muhd Zamrie Zainal Abidin, 55, berkata, lelaki itu bukan sahaja melanggar anaknya sehingga meninggal dunia, malah tidak memberi sebarang bantuan awal kepada Muhammad Zaharif Affendi, 17, di lokasi kejadian.

Buat cerita brek tak makan

“Dia langgar anak saya bagi mati.. dia boleh undurkan kereta, dia keluar dan tengok. Dia macam gelak, tapi muka tak ada reaksi.

“…nak suruh Zaharif masuk dalam kereta dia ke, bawa pergi ke hospital ke atau pergi tanya macam mana keadaan Zaharif, tak ada. Dia buat cerita brek tak makan.

@buletintv3

“Anak saya bukan rempit! Anak saya tak pernah merempit!.. Anak saya cuma buat hal bising sahaja..” – Ayah Zaharif #BuletinTV3 #BeritaDiTiktok #PolisLanggarPelajar #KemalanganMaut

♬ original sound – BuletinTV3 – BuletinTV3

“Dia kata orang nak pukul dia, sedangkan saya sendiri cakap jangan usik dia. Selepas itu dia tengok anak saya (pakaian nurse) datang, dia ingat itulah pegawai perubatan yang datang dan dia terus beredar. 40 minit anak saya merintih macam ayam kena sembelih,” katanya.

Anak bukan rempit

Bagi bapa mangsa, perkara itu sepatutnya diselesaikan dengan cara baik, bukannya dilanggar sampai mati.

“…atas alasan bising kau nak langgar sampai mati? Saya tahu dia kabel kuat, memang saya akan kalah. Kalau masuk dalam mahkamah pun, saya akan kalah sebab dia kabel besar.

“Anak saya bukan rempit, anak saya cuma baiki ekzos buat bising saja. Tapi kalau kata ekzos bising itu salah, kenapa polis atau JPJ tak pergi serbu semua kedai ekzos?” katanya.

‘Kalau dia buat salah, kenapa tak datang jumpa?’

Sementara itu kakak mangsa, Nur Zawanie Muhd Zamrie, 28, turut mempersoalkan tindakan pegawai kanan polis berkenaan. Sedangkan isteri kepada pegawai itu mengenali adiknya dan boleh datang berjumpa dengan keluarganya sekiranya ada masalah.

“Andai kata adik saya salah, dia masih ada waris, ibu bapa dan keluarga. Andai kata dia terlanggar kereta, boleh jumpa keluarga saya.

“Bukannya isteri pelaku tak kenal adik dan keluarga saya. Isteri dia adalah cikgu di sekolah itu. Dia kenal Zaharif itu adalah anak kepada mak ayah saya.

“Sebelum ini kalau ada kes atau apa-apa perkara, guru-guru datang mengadu pada kami. Kalau dia buat salah, kenapa tak datang jumpa,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3, Utusan Malaysia

The post ‘Anak saya bukan rempit, dia cuma baiki ekzos buat bising saja’ – Bapa Muhammad Zaharif Affendi appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar