-->

Lagu Dikir Barat dikecam ada unsur negatif & mengkhayalkan dalam lirik

Sesebuah lagu dicipta bukan hanya sekadar hiburan semata-mata. Tetapi dengan tujuan untuk memberi pengajaran dan kesedaran, selain penerapan nilai cinta dan kasih sayang.

Situasi ini perlu dititikberatkan oleh semua pihak, apatah lagi jika lagu-lagu ini didengari oleh remaja dan kanak-kanak di bawah umur.

Baru-baru ini tular mengenai lirik lagu yang dikecam ramai kerana didakwa mengandungi unsur-unsur negatif menceritakan tentang daun ketum, ubat batuk dan daun ganja, yang mana ia tidak sesuai diperdengarkan oleh kanak-kanak.

Dalam video klip tersebut juga, dipaparkan dua orang lelaki seolah memproses minuman ketum dan minum air tersebut sehingga dilihat khayal.

Netizen mula menyuarakan kebimbangan apabila lagu ini mula tular dan di jaringan TikTok mula mencecah 4.9 juta tontonan.

@aimannaagraj

jngn lupa esk jam 1 ptg, lagu ketum akan keluar di yt @dikirproductionofficial #fyp #fypシ #aimannaagraj #dikirproduction

♬ bunyi asal – Aiman Naagraj – Aiman Naagraj

Moral di hujung lagu

Walaupun difahamkan lagu tersebut dinyanyikan semula oleh penyanyi muda ini, namun lirik lagunya tidak dapat diterima memandangkan ada unsur negatif atau perkara yang memabukkan dan dibimbangi akan mempengaruhi remaja atau kanak-kanak yang mendengar lagu ini.

Pun begitu, ada yang menyatakan lirik berkenaan dianggap seni kreatif yang direka untuk menyedarkan orang ramai. Di penghujung klip video tersebut, lirik lagu dikir itu mengajak orang ramai supaya tidak meniru perbuatan sedemikian.

Sumber: X

The post Lagu Dikir Barat dikecam ada unsur negatif & mengkhayalkan dalam lirik appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar