-->

Wanita baru putus tunang dilaporkan hilang dari kediaman keluarga sejak 11 Disember

Polis kini sedang mengesan seorang wanita yang tidak pulang ke rumah sejak keluar dari kediaman keluarganya di Sungai Layang, Rembau beberapa hari lalu.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan Nurul Syakila Mohd. Suhaili, 23.

Berdasarkan laporan awal, Nurul Syakila didapati tiada di biliknya dan pihak keluarga telah cuba mencari di sekitar Rembau serta Seremban. Namun masih gagal menemui wanita berkenaan.

“Adik lelaki berusia 20 tahun yang bimbang dengan keselamatan kakaknya telah membuat laporan polis. Pihak polis telah merakam percakapan ahli keluarga dan didapati orang hilang telah keluar membawa dompet berisi dokumen diri serta sebuah telefon bimbit .

“Difahamkan, Nurul Syakila baharu sahaja dibawa pulang ke Rembau pada 9 Disember lalu selepas putus tunang,” katanya.

Kali terakhir adiknya melihat kakaknya kira-kira pukul 1 pagi pada 11 Disember 2023 dan Nurul Syakila memakai baju warna hitam dan seluar coklat cair.

Sehubungan itu, ujar Hazri, individu yang ingin menyalurkan maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau di nombor 06-6851999.

Sumber: Utusan Malaysia, mnizamb

The post Wanita baru putus tunang dilaporkan hilang dari kediaman keluarga sejak 11 Disember appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar