-->

‘Artikel 4 tahun lalu disalahguna & dipolitikkan oleh pihak tertentu’ – Lobak Merah

Baru-baru ini, sebuah artikel lama yang diterbitkan oleh Lobak Merah empat tahun lalu telah disalahgunakan oleh pihak tertentu. Artikel tersebut telah menjadi viral dan mencetuskan pelbagai reaksi negatif netizen dan juga telah dipolitikkan.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Lobak Merah hari ini, pihaknya mengakui terkejut apabila mendapati artikel tersebut telah ditularkan dan dipolitikkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Kami agak terkejut, artikel 4 tahun lalu telah discreenshot & dimuat naik hanya dengan tajuk dan gambar, tanpa mendedahkan tarikh penulisan artikel tersebut dan tanpa berkongsi artikel secara penuh,” katanya.

Jelas Lobak Merah, artikel itu ditulis memetik laporan dari Harian Metro dan gambar Ustaz Azhar Idrus (UAI) telah digunakan sebagai gambar hiasan (dikaburkan).

Walaupun artikel tersebut tidak menyebut nama UAI atau mana-mana penceramah lain, penggunaan gambar UAI telah mengundang pelbagai reaksi dari netizen.

Sebagai respons, Lobak Merah telah menghubungi pihak UAI untuk menjelaskan situasi dan memohon maaf atas kekhilafan tersebut. Pihak UAI telah menerima permohonan maaf itu dan berharap isu ini tidak dipanjangkan lagi.

Justeru, Lobak Merah meminta kepada individu yang telah memuat naik, berkongsi dan menyebarkan info artikel serta gambar peribadi penulis, untuk memadam posting tersebut dan berhenti menyebarkan kebencian dalam kalangan masyarakat.

Sumber: Lobak Merah

The post ‘Artikel 4 tahun lalu disalahguna & dipolitikkan oleh pihak tertentu’ – Lobak Merah appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar