-->

Kereta dicalar kerana tak bayar parking RM15 kepada ‘Ulat Parking’ di Bukit Bintang

Seorang wanita telah membuat aduan melalui aplikasi ADU@KL kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkenaan insiden yang berlaku di kawasan letak kereta Maybank Bukit Bintang.

Pengadu yang dikenali sebagai Ballerina berkata, dia telah diugut oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Kak Ara, yang mendakwa bahawa semua tempat letak kereta di kawasan tersebut adalah miliknya.

Menurutnya, Kak Ara bersama dengan seorang lagi wanita tempatan dan tiga lelaki warga Bangladesh, memungut duit parking daripada orang awam di kawasan itu tanpa memiliki lesen daripada DBKL.

Setiap sebuah kereta dikenakan ‘caj’ haram sebanyak RM15 sekiranya mahu meletakkan kenderaan di kawasan tersebut.

Ballerina mendakwa, disebabkan dia tidak mengendahkan ugutan itu, kenderaan miliknya telah dicalarkan di bahagian pintu yang disyaki dilakukan oleh kumpulan berkenaan.

Dia kini berharap pihak DBKL tampil mengambil tindakan tegas terhadap lima individu terbabit atau ramai lagi pemilik kenderaan yang akan menjadi mangsa mereka.

Di media sosial, netizen mempertikaikan apakah tindakan pihak berkuasa berhubung isu itu yang sudah lama terjadi tetapi sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang tindakan tegas yang menyebabkan aktiviti pemungutan caj haram ini masih berleluasa di ibu negara.

“Ulat parking ini sudah lama berlaku. Kenapa mereka masih begitu berani melakukan perbuatan yang tidak dibenarkan?

“Saya pernah kena RM10. Itu pun saya marah suami, kenapa bayar. Suami kata, lebih baik bayar daripada kereta dicalar atau tayar dipecahkan. Barulah saya faham,” kata netizen.

Sumber: TikTok

The post Kereta dicalar kerana tak bayar parking RM15 kepada ‘Ulat Parking’ di Bukit Bintang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar