-->

‘Tangki yang terjejas adalah tangki dari sumber tiubwell & tak jejaskan sumber air JANS’ – Pihak UMS beri maklumbalas isu tular tangki air kolej di UMS tercemar

Pihak Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuat kenyataan balas terhadap video tular yang memaparkan tangki air tercemar di salah satu kolej kediaman pelajar di kampus UMS.

Susulan isu itu juga, pihak UMS telah menjalankan siasatan terhadap dakwaan tersebut.

“Pihak pengurusan UMS melalui Jabatan Pembangunan dan Penyelenggaraan (JPP) telah menjalankan siasatan terhadap kesahihan dakwaan seperti yang dinyatakan.

“Pihak JPP mengesahkan kejadian tersebut berlaku terhadap salah satu tangki air di Kolej Kediaman Tun Pengiran Ahmad Raffae (KKTPAR), UMS.

“Walau bagaimanapun tangki yang terjejas adalah tangki dari sumber air melalui sistem telaga tiub (tubewell), dan tidak menjejaskan sumber air yang disalurkan dari Jabatan Air Negeri Sabah yang menjadi sumber utama kegunaan harian para pelajar,” tulis kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu juga katanya, pihak pengurusan UMS akan terus memantau perkembangan para pelajar bagi memastikan kesihatan para pelajar tidak terjejas.

Terdahulu, tular video sebuah tangki menyimpan bekalan air untuk pelajar di UMS dipenuhi ribuan ulat menyebabkan air dalam tangki itu tidak dapat digunakan.

@kurimasakuti

UMS=ULAT MANDI SAMA peruntukan suda diberi, tapi masalah tetap sama TIBA MASANYA GUNAKAN KUASA VIRAL!!!👍🏼👍🏼 KAMI MENGALAMI MASALAH AIR SELAMA BEBERAPA HARI! AIR TONG YG DISEDIAKAN PULA BERULAT SEBAB BANGKAI MONYET! YG MASALAHNYA KAMI SUDAH MENGGUANKAN AIR TONG TERSEBUT SUDAH BEBERAPA LAMA SBLOM MENYEDARI PERKARA SEBENAR!! KALAU TERJADI PERKARA YG X DIINGINI BAGAIMANA? baru bab air, belom selebihnya lagi… #umssabah #umskk @kktparums.official 🥰🥰🥰 #ums #malaysiahariini #umsproblem

♬ original sound – KURIMASAKUTI – KURIMASAKUTI

Sumber: Universiti Malaysia Sabah, Kurimasakuti

The post ‘Tangki yang terjejas adalah tangki dari sumber tiubwell & tak jejaskan sumber air JANS’ – Pihak UMS beri maklumbalas isu tular tangki air kolej di UMS tercemar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar