-->

‘Pemimpin dunia harus kutuk Hamas, bukan Israel’ – Netanyahu

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengecam gesaan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, agar Israel segera menghentikan pembunuhan wanita dan bayi di Gaza selain gencatan senjata dilakukan bagi mengekang perang daripada berlanjutan.

Netanyahu berkata, seluruh dunia seharusnya mengutuk puak pejuang Hamas berbanding ‘menyerang’ Israel, yang didakwanya, tentera zionis itu sedang memindahkan orang awam dari wilayah konflik itu, sedangkan Hamas pula, dakwanya menggunakan orang awam sebagai perisai.

Netanyahu juga memberi amaran bahawa tindakan jenayah yang dilakukan Hamas-ISIS di Gaza hari ini, pada masa depan akan dilakukan di Paris, New York dan di seluruh dunia.

“Israel bertindak untuk melindungi rakyatnya dan haknya untuk hidup dengan aman. Kami tidak akan membiarkan Hamas-ISIS untuk menyerang kami dengan roket, terowong, bom bunuh diri dan serangan lain,” katanya.

Netanyahu menambah bahawa Israel akan terus bertindak dengan kekuatan penuh untuk mempertahankan diri dan menghapuskan ancaman Hamas-ISIS.

“Kami menghargai sokongan dari negara-negara yang berdiri bersama kami dalam perjuangan ini. Kami mengharapkan semua negara yang menghormati hak asasi manusia untuk menyertai kami,” katanya.

Sumber: Utusan, Sinar Harian

The post ‘Pemimpin dunia harus kutuk Hamas, bukan Israel’ – Netanyahu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar