-->

Presiden Palestin tolak hasrat Israel untuk bahagikan Gaza kepada dua bahagian

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, menolak sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian, selain menegaskan wilayah terkepung itu adalah sebahagian daripada Palestin.

Abbas membuat panggilan telefon berasingan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menurut agensi berita Palestin WAFA.

Dalam perbualannya dengan Rutte, beliau berkata kenyataan tentera Israel baru-baru ini bahawa tenteranya telah membahagikan Gaza kepada dua kerana ia mencapai ‘peringkat penting’ dalam peperangannya terhadap kumpulan Hamas adalah tidak boleh diterima dan tiada penyelesaian politik atau keselamatan yang berasingan untuk Gaza.

“Hari ini terdapat utara Gaza dan selatan Gaza,” kata jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari pada Ahad selepas tentera Israel tiba di pantai.

Abbas menekankan keperluan melaksanakan penyelesaian yang sah dari segi politik berdasarkan piawaian antarabangsa untuk kebebasan, kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Palestin.

Selain itu, Abbas menggesa pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin perlu dihentikan segera.

Abbas menyatakan bahawa, mereka adalah wakil rakyat Palestin yang sah dan hak untuk membuat keputusan nasional terletak pada Pertubuhan Pembebasan Palestin.

Sumber: Sinar Harian, Utusan Malaysia

The post Presiden Palestin tolak hasrat Israel untuk bahagikan Gaza kepada dua bahagian appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar