-->

‘Dia masih muda, bagi dia peluang belajar dari pengalaman walaupun dia buat kesilapan’ – Fatiya Latif komen tentang kes Syed Saddiq

9 November lalu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dikenakan hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas didapati bersalah atas pertuduhan pecah amanah, salahguna harta dan penggubahan wang haram.

Ramai yang mengakui mereka terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, termasuk beberapa selebriti yang mula menyuarakan pandangan masing-masing di media sosial, termasuk Fatiya Latiff.

Bagi Fatiya, Syed Saddiq sepatutnya diberi peluang untuk belajar dari pengalaman kerana dia masih muda. Malah, Fatiya mempertikaikan hukuman sebat yang dikenakan terhadap Syed Saddiq.

“He is still young, give him a chance to learn from experience even if he make mistakes. At least, tarik balik je la pangkat menteri dia. Ni tak pasal-pasal kena severe punishment, kena penjara tujuh tahun, sebatan dan denda RM10 juta. Ingat dia jutawan ke? Akai kat buku lali ke?

“Setahu I la, sebatan ni adalah hanya untuk kes rogol under the penal code. Judge mana la ni tak lepas criminal law ke? Ijazah you tu campak je la dalam longkang,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram seperti yang tersebar di media sosial.

Fatiya turut menggesa pihak mahkamah menunjukkan bukti kepada umum mengapa Syed Saddiq dipenjara.

“Mana bukti dia bersalah? Reveal la sikit dalam media, baru la kukuh 5% sikit korang punya headline tu!”

Bagaimanapun, Fatiya menjelaskan apa yang disuarakannya itu hanyalah sekadar pandangan peribadi.

“Ini hanya pandangan I yer, jangan nak mengada-ngada accuse I plak dah. Obviously, I ni rakyat Malaysia dan ada hak untuk bersuara,” ujarnya.

Tidak beberapa lama kemudian, kapsyen asal hantaran itu telah digantikan dengan kenyataan baharu atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

Sumber: X Alan

The post ‘Dia masih muda, bagi dia peluang belajar dari pengalaman walaupun dia buat kesilapan’ – Fatiya Latif komen tentang kes Syed Saddiq appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar