-->

Lipan adalah serangga berbisa, tetapi perlu tahu bahawa ia bukan musuh manusia

Lipan adalah serangga yang memiliki banyak kaki, kira-kira 15 hingga 191 pasang. Ia termasuk dalam kelas Chilopoda, yang merupakan salah satu kelas dari filum Arthropoda.

Kebiasaannya serangga ini ditemuikan di berbagai habitat seperti hutan, padang rumput, gua, dan juga di dalam rumah – di bawah batu, pasu tanaman hiasan atau saluran air kerana lipan hidup di tempat yang gelap dan lembap.

Serangga karnivora ini menjadikan serangga lain seperti lipas, anai-anai, lalat, dan semut sebagai mangsanya. Lipan yang memiliki sepasang rahang yang dilengkapi dengan kelenjar bisa digunakan untuk menggigit dan menyuntikkan bisa ke mangsanya. Bisa lipan mengandung berbagai zat kimia, seperti histamin, serotonin, dan toksin kardio-depresan-S, yang dapat menyebabkan efek negatif pada sistem saraf dan jantung.

Apakah lipan berbahaya bagi manusia?

Jawapannya adalah bergantung pada jenis dan ukuran lipan, serta kondisi kesihatan individu yang digigit. Namun secara umum, lipan bukanlah serangga yang agresif dan suka menyerang manusia. Sebaliknya, serangga ini hanya akan menggigit jika merasa terganggu atau terancam.

Gigitan lipan pada manusia akan menyebabkan rasa sakit, kulit merah, bengkak, gatal, ruam, dan pendarahan. Gejala-gejala ini biasanya akan hilang dalam beberapa jam atau hari.

Tetapi dalam beberapa kes, gigitan lipan menyebabkan reaksi alergik yang serius, seperti demam, peluh sejuk, mual, muntah, degupan jantung laju, dan anafilaksis. Reaksi alergi ini dapat mengancam nyawa jika tidak ditangani segera. Oleh kerana itu, jika anda mengalami gejala-gejala tersebut, segeralah mendapatkan rawatan.

Bagaimana cara merawat gigitan lipan?

Jika anda digigit lipan, ada beberapa langkah yang dapat dilakukan untuk meredakan gejala dan mencegah infeksi:

  1. Bersihkan luka gigitan dengan air mengalir dan sabun.
  2. Tekan luka dengan ais untuk mengurangi rasa sakit dan bengkak.
  3. Gunakan salep antibiotik atau antihistamin untuk mengurangi gatal dan ruam.
  4. Jika luka gigitan kemerah-merahan, bernanah, atau berbau, segera dapatkan rawatan.
  5. Jika anda mempunyai sejarah alergik terhadap serangga, bawa ubat anti-alergi seperti epinefrin dan segera suntikkan ke diri sendiri jika mengalami reaksi alergik.

Bagaimana cara mencegah gigitan lipan?

Bagi mengelakkan digigit lipan, ada beberapa cara yang dapat dilakukan untuk mencegahnya iaitu:

  1. Jauhkan lipan dari rumah dengan sentiasa membersihkan rumah secara teratur, menutup lubang-lubang atau celah-celah di dinding, lantai atau atap.
  2. Jangan menyimpan barang-barang yang boleh menjadi tempat persembunyian lipan, seperti kayu, kertas atau kain di dalam atau di sekitar rumah.
  3. Jangan menyentuh atau mengganggu lipan jika ternampak, baik di dalam atau di luar rumah. Biarkan lipan beredar sendirinya atau pindahkan dengan hati-hati menggunakan sapu atau alat lain.
  4. Gunakan pakaian yang menutupi kulit seperti baju lengan panjang, seluar panjang dan kasut sekiranya berada di tempat yang berpotensi ada lipan seperti hutan, gua atau gudang.
  5. Periksa pakaian, kasut atau barang-barang sebelum memakainya atau membawanya ke dalam rumah untuk memastikan tidak ada lipan yang bersembunyi di dalamnya.

Lipan adalah serangga berbisa yang menjadi serangga lain sebagai mangsa. Lipan bukanlah musuh manusia, kerana ia dapat membantu mengendalikan populasi serangga yang dapat merosak rumah atau menimbulkan penyakit. Serangga ini hanya akan menggigit manusia jika ia merasa terganggu atau terancam.

The post Lipan adalah serangga berbisa, tetapi perlu tahu bahawa ia bukan musuh manusia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar