-->

‘Kami minta maaf & tidak aniaya orang’ – Shuib jelaskan Bubblebee buat rundingan secara ansuran KWSP kepada pekerja

Selebriti dan juga usahawan, Shuib membuat pencerahan mengenai dakwaan yang dibuat ke atas pengurusan Bubblebee.

“Adat meniaga ada naik turun. Kami akui Bubblebee ada sangkut KWSP pekerja cuma saya nak buat pencerahan mengenai surat layang yang mengatakan seolah-olah kami langsung tidak peduli KWSP staf.

“Cuma saya nak bagitahu, kami ada berhubung dengan KWSP untuk membuat rundingan membayar secara ansuran.

“Kami membuat pembayaran cuma menunggu keputusan berapa kali ansuran yang perlu dibayar. Kami tidak mahu orang luar berasakan pihak kami tidak menjaga hak pekerja.

“Sepanjang Bubble Bee beroperasi, masa PKP kita tak pernah potong gaji pekerja dan saya nak maklumkan jugak kami tak pernah tak bayar gaji,” katanya.

Menganggap semua itu adalah ujian, Shuib bagaimanapun mendedahkan berapa banyak pengorbanan yang telah dibuat untuk membangunkan Bubble Bee.

Pada masa sama, Shuib menyatakan pengurusan terdahulu mempunyai sedikit masalah. Situasi tersebut juga menyebabkan dia dan rakan kongsinya terpaksa mengambil alih beberapa tugasan.

Menerusi hantaran tersebut juga, Shuib memohon maaf diatas kekehilafan yang dibuat oleh pihak pengurusan.

Sumber: Shuib

The post ‘Kami minta maaf & tidak aniaya orang’ – Shuib jelaskan Bubblebee buat rundingan secara ansuran KWSP kepada pekerja appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar