-->

Remaja lelaki liwat sepupu berusia 6 tahun, ditahan polis

Seorang remaja lelaki berumur 13 tahun telah ditangkap oleh pihak polis semalam kerana disyaki melakukan kesalahan seksual terhadap sepupunya yang baru berumur enam tahun.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek ditahan setelah pihak polis menerima laporan daripada ibu mangsa di Balai Polis Chukai pada petang semalam.

Beliau juga memaklumkan, suspek tinggal bersama keluarga ibu saudaranya semenjak ibu bapanya berpisah beberapa bulan yang lalu.

Mangsa telah dibawa ke Hospital Kemaman untuk menjalani pemeriksaan perubatan.

Sementara itu, suspek ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 14 (d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sumber: Kosmo! Online

The post Remaja lelaki liwat sepupu berusia 6 tahun, ditahan polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar