-->

Remaja jadi punca pasangan bakal bertunang maut dalam kemalangan, dibebaskan dengan jaminan polis

Remaja lelaki berusia 16 tahun yang memandu kereta milik ibunya sebelum terbabit kemalangan yang menyebabkan dua kematian di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, awal pagi kelmarin, telah dibebaskan dengan jaminan polis.

Mahkamah Majistret Pulau Pinang memerintahkan remaja terbabit direman selama satu hari bagi membolehkan polis melakukan siasatan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Tan Cheng San, berkata sebaik selesai merekodkan keterangan, remaja terbabit dibebaskan selepas tahanan reman ke atasnya tamat semalam.

Siasatan polis mendapati, remaja terbabit tidak mempunyai lesen memandu dan masih bersekolah.

Polis sedang melengkapkan siasatan termasuk menghantar sampel darah ke Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk ujian alkohol dan dadah bagi tindakan selanjutnya.

Selain itu, ibu remaja berkenaan turut disaman kerana cuai dengan membenarkan anaknya menggunakan kenderaannya tanpa lesen.

Sumber: Harian Metro

The post Remaja jadi punca pasangan bakal bertunang maut dalam kemalangan, dibebaskan dengan jaminan polis appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar