-->

Mercedes-Benz sumbang €1 juta kepada Israel untuk kurangkan penderitaan rakyatnya dalam konflik

Tular kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-Benz menyatakan sokongan dan menyumbang dana jutaan ringgit kepada Israel dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya bulan lalu di laman LinkedIn.

Dalam kenyataan itu, Ola Kaellenius mengakui terkesan dengan laporan berita dan gambar yang disiarkan di seluruh dunia sejak Israel diserang Kumpulan Pejuang Hamas.

“Saya mempunyai rakan sekerja, kenalan lama dan sahabat baik di rantau tersebut. Saya bersimpati terhadap mereka yang menderita akibat keganasan dan yang kini berduka atas kehilangan orang kesayangan.

“…Kami telah menghubungi pelbagai organisasi dan institusi kerana kami mahu memberikan sumbangkan untuk meringankan penderitaan di tempat kejadian.

“Mercedes-Benz menyumbang satu juta Euro kepada organisasi bantuan, United Hatzalah, untuk pemerolehan kenderaan penyelamat, serta Palang Merah Jerman yang menyelaraskan bantuan kemanusian di rantau ini bersama-sama organisasi saudara mereka,” katanya.

United Hatzalah adalah sebuah organisasi sukarelawan yang menyediakan perkhidmatan bantuan perubatan kepada kecemasan di seluruh Israel.

Konflik Palestin dan Israel bermula sejak 7 Oktober 2023, yang telah mengorbankan lebih 11,000 rakyat Palestin akibat diserang secara kejam oleh Israel. Sedangkan penduduk di Israel dalam serangan balas itu hanyalah sekitar 1,430 orang.

Sumber: Twitter, Jewish News

The post Mercedes-Benz sumbang €1 juta kepada Israel untuk kurangkan penderitaan rakyatnya dalam konflik appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar