
Setiap kali mengalami luka, jari atau anggota badan yang luka tersebut dibalut dengan kain kasa atau gauze. Gauze adalah sejenis kain kasa nipis yang dianyam dengan cara terbuka dan longgar.
Kain putih bersih itu telah memberikan manfaat kepada masyarakat atau pesakit di dunia membalut luka dan menghentikan pendarahan.
Namun, di sebalik kain kasa tersebut tahukah anda bahawa kain kasa itu merupakan berasal dari Gaza? Nama ‘gauze’ merupakan nama yang diambil bersempena dengan nama tempat kasa ini dihasilkan.
Gauze secara tradisinya ditenun di kawasan Gaza sejak kurun ke 13 lagi.
Pendedahan tersebut telah meruntun hati netizen yang berasa sebak dengan sumbangan yang telah diberikan oleh rakyat Palestin selama ini.
Pendedahan ini juga seolah sebagai satu tamparan buat dunia. Pengorbanan yang diberikan oleh rakyat Palestin begitu besar sedangkan masyarakat dunia tidak mampu berbuat apa-apa.
“Gaza telah beri pada dunia ‘gauze’ tetapi hari ini tiada siapa yang ‘balut’ luka Gaza,” katanya.
Meskipun konflik yang berlaku ketika ini belum berakhir dan seolah tidak berkesudahan, ramai yang mengharapkan agar Palestin menjadi sebuah negara yang aman seperti dulu.
Sumber: Public Health Malaysia, TikTok
The post ‘Gaza telah beri pada dunia ‘gauze’ tetapi hari ini tiada siapa yang ‘balut’ luka Gaza’ – Ramai mula sebak bila dapat tahu kain gauze berasal dari Gaza appeared first on The Reporter.