-->

Jokowi desak Biden bantu segera tamatkan serangan dan kekejaman di Gaza

Presiden Indonesia Joko Widodo mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden untuk melakukan lebih banyak lagi usaha untuk menamatkan serangan dan kekejaman di Gaza serta membantu mewujudkan gencatan senjata.

Beliau ke Rumah Putih pada Isnin bagi rundingan bertujuan untuk mempamerkan peningkatan dalam hubungan antara Indonesia dan Amerika Syarikat menjelang pertemuan Biden dengan Presiden China Xi Jinping minggu ini.

Bagaimanapun perang Israel-Hamas membayangi rundingan itu.

“Indonesia merayu kepada AS untuk melakukan lebih banyak lagi usaha bagi menghentikan kekejaman di Gaza.

“Gencatan senjata adalah satu kemestian demi kemanusiaan,” kata Jokowi.

Bagaimanapun, menerusi klip ringkas itu, Biden seperti mengalih topik perbualan dan tidak memberikan fokus dengan apa yang diperkatakan oleh Jokowi.

Ahad lalu, Presiden Indonesia itu berkata beliau akan membawa kepada Biden “mesej yang sangat kuat” daripada sidang kemuncak bersama pemimpin Arab dan Islam di Riyadh pada hujung minggu yang mengecam Israel dan menggesa gencatan senjata.

Jokowi berkata beliau akan “menyampaikan mesej khusus daripada Presiden Mahmoud Abbas dari Palestin, yang meminta saya menyampaikannya kepada Presiden Biden,” mengenai perang.

Bagaimanapun Biden tetap fokus pada rancangan untuk meningkatkan kerjasama dengan Indonesia ke tahap tertinggi, yang dipanggil perkongsian strategik komprehensif.

Washington cuba membina pakatan di rantau Asia-Pasifik ketika China menjadi kehadiran yang semakin tegas.

“Ini akan menandakan era baharu hubungan antara Amerika Syarikat dan Indonesia secara menyeluruh,” kata Biden.

Sumber: CNN Indonesia

The post Jokowi desak Biden bantu segera tamatkan serangan dan kekejaman di Gaza appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar