-->

‘Malaysia akan jadi lebih hebat jika Muhyiddin & Najib bergabung’ – Kata penyokong tegar yang yakin PN+UMNO menang PRU akan datang

Penyokong tegar bekas perdana menteri keenam, Najib Razak dapat bersatu semula dengan Muhyiddin Yassin agar dapat bergerak bersama demi negara dan rakyat.

Presiden Pertubuhan Jalinan Perpaduan Negara Malaysia, Syed Muhammad Imran Syed Abdul Aziz berkata, Malaysia akan menjadi lebih hebat sekiranya dua bekas pemimpin itu bersatu tatkala rakyat sedang berdepan dengan masalah ekonomi dan kos sara hidup yang semakin membebankan.

Syed Muhammad berkata demikian selepas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) mendoakan kesembuhan Najib yang kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur susulan disahkan menghidap Covid-19, kelmarin.

“Negara akan menjadi lebih hebat jika dua figura ini bergabung. Saya yakin harga bahan keperluan asas akan naik lebih tinggi apabila minyak diesel ditarik subsidi dan cukai perkhidmatan (SST) naik 8 peratus,” katanya memetik laporan dari Astro Awani, Sabtu lalu.

Sementara itu, Ketua Cawangan UMNO Kampung Melayu Batu Caves Selatan pula yakin UMNO akan kembali teguh sekiranya Najib berada bersama dengan PN. Malah, turut memujuk Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk turut serta bersama PN pada PRU akan datang.

“Kita tunggu pada PRU akan datang. Tetapi momentum (bergabung bersama PN) harus kita mainkan.

“Kepada GPS dan DRS, percayalah kita akan gembleng tenaga untuk bersama PN. Ayuh kita ke sana, jangan tunggu lagi. Ingatlah, berpeganglah dengan tali Allah, janganlah kamu bercerai berai. Insya-Allah Muhyiddin dan Najib akan bergabung kali ini,” tegasnya.

Sumber: Astro Awani

The post ‘Malaysia akan jadi lebih hebat jika Muhyiddin & Najib bergabung’ – Kata penyokong tegar yang yakin PN+UMNO menang PRU akan datang appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar