-->

Lelaki tikam rakan sampai mati sebab tak puas hati ditendang keluar daripada Group WhatsApp permotoran

Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membunuh rakannya sendiri kerana tidak berpuas hati terhadap mangsa yang didakwa menendang suspek keluar daripada kumpulan WhatsApp.

Ketua Polis Bandung, Kusworo Wibowo berkata, suspek berusia 35 tahun itu pada awalnya kesal dengan tindakan mangsa, 29, yang mengeluarkannya daripada salah satu kumpulan WhatsApp permotoran.

“Selepas dikeluarkan daripada kumpulan WhatsApp, suspek terus datang berjumpa dengan mangsa dan mempersoal tindakannya itu.

“Bagaimanapun berlaku pergaduhan di antara mereka dan akhirnya suspek mengeluarkan sebilah pisau,” katanya dalam sidang media, Isnin, 30 Oktober 2023.

Suspek bertindak menikam mangsa di bahagian dada kiri sehingga menembusi jantung, sebelum menikam lengan dan jari tangan mangsa.

“Memang setiap hari suspek membawa sebilah pisaunya dan pada hari kejadian, suspek mengeluarkan senjata tajam itu lalu menikam mangsa,” katanya.

Beberapa jam selepas kejadian itu, polis telah berjaya menahan suspek pada jam 11 malam.

Laporan bedah siasat menemui kesan luka di bahagian dada kiri yang berpunca daripada tikaman senjata tajam dan menjadi punca mangsa maut serta-merta.

Suspek ditahan mengikut Seksyen 351 Akta (3) kerana melakukan penganiaaan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Suspek kini berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Sumber: CNN Indonesia

The post Lelaki tikam rakan sampai mati sebab tak puas hati ditendang keluar daripada Group WhatsApp permotoran appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar