-->

‘Dalam peperangan, tak boleh melampaui batas’ – Ustaz Azhar Idrus jelaskan perbuatan menyantau PM Israel adalah haram

Konflik di antara Palestin dan Israel masih belum berakhir. Di media sosial, ada segelintir netizen menyuarakan persoalan mengapa tiada pihak yang menyantau Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Kata mereka, mungkin dengan ‘cara’ itu dapat menyelesaikan konflik tersebut dengan lebih cepat. Sekali gus dapat menyelamatkan nyawa orang awam.

Baru-baru ini, soalan yang sama turut diajukan kepada pendakwah agama, Ustaz Azhar Idrus yang berpandangan perbuatan itu adalah tidak wajar dilakukan.

“Dalam peperangan, tak boleh melampaui batas. Tak boleh melakukan perkara yang haram. Contohnya, menelanjangkan musuh. Tak boleh. Walaupun dia membunuh kita, menelanjangkan dia? Tak boleh, kerana aurat. Hukumnya haram.

“Selain daripada itu boleh, iaitu menembak mati, tikam mati boleh menghilangkan nyawa. Tetapi menelanjangkan dia adalah haram kerana itu bukan keperluan dalam berperang.

“Menembak, meletup, tembak dengan peluru berpandu, buang bom, itu diperlukan dalam peperangan.

“Dalam peperangan dengan Israel, mereka telah membunuh orang awam. Sedangkan dalam peperangan adalah haram bunuh orang awam. Tetapi oleh kerana Israel buat, maka kita dibolehkan buat.

“Dalil Allah kata, barang siapa yang melampaui batas terhadap kamu, maka kamu boleh melampaui batas sama seperti yang dibuat ke atas kamu,” katanya.

Bagaimanapun dalam bab sihir, orang ramai dinasihatkan tidak berbuat demikian. Sebaliknya melakukan solat hajat dan berdoa.

“Tapi dalam bab sihir, tak boleh. Santau ini sihir. Orang sihir kita, kita balas dengan sihir, tak boleh. Dia sihir, kita cari tukang sihir, tak boleh. Yang boleh, kita balikkan sihir dia itu sendiri.

“Kita tidak guna sihir, kita kena solat hajat, guna doa agar sihir dia itu kembali kepada diri da sendiri,” jelasnya.

The post ‘Dalam peperangan, tak boleh melampaui batas’ – Ustaz Azhar Idrus jelaskan perbuatan menyantau PM Israel adalah haram appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar