-->

‘Dengar² akak nurse ni ada yang dah sampai ke Ethiopia’ – Video koir lagu Cinta Ku Sampai Ke Ethiopia jadi siulan netizen, gamit kenangan lama jururawat

Menerusi lagu membawa kita terimbau kenangan lama yang mengusik jiwa. Lagu juga membawa kita membuai perasan mengikut rentak irama yang dimainkan.

Tular di media sosial terutamanya di jaringan TikTok, lagu yang dinyanyikan oleh Ria Resty Fauzy yang bertajuk Cinta Ku Sampai ke Ethiopia.

Lagu tersebut mula tular apabila ada yang memuatnaik lagu tersebut ketika persembahan koir oleh kumpulan jururawat KSKB Sultan Azlan Shah pada sesi konvokesyen KSKB Ulu Kinta, Ipoh Perak pada tahun 2013.

Walaupun beberapa buah lagu yang dipersembahkan seperti lagu Anak Kampung dan Aku Yang Dulu Bukan lah Yang Sekarang,namun lagu Cinta Ku Sampai ke Ethiophia yang menjadi tular dan siulan netizen.

Beberapa parodi juga dibuat oleh suami kepada jururawat yang turut serta dalam persembahan koir ketika itu. Netizen turut sama membuat parodi mengenai gelagat peserta koir lelaki yang dilihat cukup mudah hanya mengingati beberapa lirik lagu berbanding peserta koir perempuan.

Lagu ini dilihat sebagai satu simbolik kesetiaan dan juga janji seorang wanita terhadap kekasihnya.

Namun, seorang pempengaruh pula menerangkan menerusi lirik ‘bukanlah emas permata, juga bukan gemerlap dunia’ yang bermaksud bukan kemewahan yang diminta oleh wanita tetapi sebaliknya.

Membalas kepada kata-kata wanita, lelaki hanya menyatakan ‘bintang-bintang’ yang membawa erti sesuatu yang tak ternilai harganya.

Menurut Zhiddinaziz, lirik-lirik lagu Cinta ku Sampai ke Ethiopia mempunyai teknik hiperbola (keterlaluan) dan sekadar kiasan.

Sumber: TikTok, Zhiddinaziz, Fieza

The post ‘Dengar² akak nurse ni ada yang dah sampai ke Ethiopia’ – Video koir lagu Cinta Ku Sampai Ke Ethiopia jadi siulan netizen, gamit kenangan lama jururawat appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar