-->

‘Mana etika masa lakonkan babak di Tanah Suci?’ – Ustazah Asma’ Harun kecam tindakan pelakon & produksi drama Surat dari Tuhan guna dialog tanpa fikir sensitiviti umat Islam

Drama bersiri Surat dari Tuhan arahan Pali Yahya, dibintangi oleh Shukri Yahaya, Janna Nick, dan Ummi Nazeera telah menemui penonton malam tadi di dalam slot Samarinda.

Difahamkan, drama ini merupakan karya asal dan bukan diadaptasi dari mana-mana novel atau penerbitan sebelumnya.

Namun, baru sehari sahaja ditayangkan, drama ini telah dikritik hebat oleh netizen, malahan pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun turut berasa kecewa dengan dialog menerusi klip-klip babak yang dipertontonkan menerusi promo drama terbabit yang tular di media sosial.

Penggambaran beberapa babak dalam drama ini dijalankan di Mekah. Namun begitu, beberapa dialog yang dipertuturkan oleh pelakon Janna Nick disifatkan seperti tidak menghormati Tanah Suci, Mekah.

“Lakonan tersebut dibuat di Tanah Suci di hotel yang nampak latar belakang Masjid Nabawi. Saya terkejut macam mana boleh terfikir nak buat skrip macam ni,menggunakan makam Nabi.

“Walaupun dia tak bersumpah, tidak wajar perkataan itu dijadikan sebagai dialog. Sedangkan kita diajar jaga lidah, jaga akhlak dan perbuatan ketika di Tanah Suci.

“Mana etika ketika melakonkan babak di Tanah Suci dan tak berasa bersalah ke masa nak merakamkan babak ni?

“Tempat yang paling suci dan indah seluruh umat manusia yang dambakan pergi, kenapa nak masukkan dialog seperti ini? Sedangkan nak berkata-kata perkara baik pun kita tak mampu nak ucap depan Makam Rasullah,” kata Ustazah Asma’ Harun.

Pihak produksi perlu lebih teliti

Tambah Ustazah Asma’ sekiranya lokasi tersebut bukannya di Tanah Suci sekalipun, dialog tersebut juga tidak wajar dipertuturkan. Beliau juga menegur pihak produksi supaya meneliti dahulu drama tersebut sebelum dipertontonkan supaya sensitiviti umat Islam dapat dijaga.

Babak lain yang turut dikecam netizen adalah babak di dalam bas sewaktu seorang ustaz sedang memberikan tazkirah dan penerangan. Watak Misha (Janna Nick) memarahi ustaz supaya mempercepatkan perjalanan dan turut mengutuk tempat yang dilalui mereka busuk.

Susulan itu, netizen mula mempersoalkan tindakan penulis skrip yang seolah tidak mengkaji terlebih dahulu skrip yang dibuat tanpa memikirkan beberapa sensitiviti umat Islam. Selain itu netizen turut memetik nama Finas dan juga stesen televisyen TV3 yang bertindak meluluskan drama ini.

Sumber: Ustazah Asma’ Harun, TikTok

The post ‘Mana etika masa lakonkan babak di Tanah Suci?’ – Ustazah Asma’ Harun kecam tindakan pelakon & produksi drama Surat dari Tuhan guna dialog tanpa fikir sensitiviti umat Islam appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar