-->

‘Bangga jadi pondan cantik’ – Muhammad Sajjad kongsi video tarian tak senonoh di kelab pelangi ‘Kanggaru’

Usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau Nur Sajat, melarikan diri ke negara Kanggaru pada tahun 2021 kerana tidak mahu berdepan dengan tindakan undang-undang yang bakal dikenakan terhadapnya.

Sejak daripada itu, Muhammad Sajjad mula mengamalkan gaya hidup LGBT secara bebas dan tanpa gangguan dari mana-mana pihak.

Sebelum ini, ramai netizen mengecam wanita jadian itu atas beberapa kontroversi yang ditimbulkan terutama isu berpakaian seperti jemaah wanita apabila berada di tanah suci.

Namun netizen yang dahulunya mengecam kini bertukar simpati terhadap Muhammad Sajjad yang kebelakangan ini sering mengeluarkan kenyataan bahawa dia merindui Malaysia.

Akui bangga jadi pondan

Sehinggalah semalam, Muhammad Sajjad memuat naik video di laman X yang menunjukkan dirinya melakukan tarian lucah di sebuah pusat hiburan LGBT.

Apatah lagi, pada kapsyen ciapan itu, Muhammad Sajjad mengakui bahawa dia berbangga menjadi wanita transgender atau pondan dalam bahasa pasar.

Tindakan lelaki itu mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang mendakwa Muhammad Sajjad sebenarnya dahagakan perhatian umum dan apabila dikecam teruk, dia akan berpura-pura menjadi mangsa keadaan bagi meraih simpati netizen.

“Korang masih nak support dan kesiankan dia? Ini dia sendiri yang post tau, bukan netizen yang saja-saja nak expose. You’re not proud Sajat, you’re just insecure,” kata @ddgafdat.

“Ini yang dia suka duduk di luar negara. Segala jenis mak nenek dosa dia boleh buat. Siap bangga lagi dengan dosa yang dia buat. Bila orang tegur, tak boleh terima,” kata Rabbani Ahmad.

“Ni satgi dia balik, buat live menangis-nangis terharu rindu makanan Malaysia bagai. Satgi semua pakat kesian la dekat dia. Ikut nangis dengan dia sekali,” kata Faizah.

Ramai geng liberal mula pertahankan Sajat

“Itulah, diorang ni dulu time dia pergi Mekah pakai telekung. Orang dok kecam kejap je. Mai yang dia buat live, nangis-nangis sikit tetiba lak kesian. Terus lupa macam tu je apa dia dah buat. Apa dia cakap semua dok support lawak la, apa la bagai. Bagi muka sangat kat dia macam ni la,” kata Notsomermaid.

Sementara itu, ada yang berpendapat perbuatan Muhammad Sajjad itu menjatuhkan maruah wanita. Malah ada yang menyedari kebanyakan netizen yang menyokong wanita transgender ini punyai fahami liberal. Dan tidak hairanlah ramai yang mempertahankan Muhammad Sajjad daripada kecaman netizen.

“Dah ramai dah geng-geng libertard dok support dia. Siap maki balik sesiapa yang dok pi tegur Sajat isu Palestin ke apa. They said, “Palestinian deserved what ever that Israeli do for them”, Allahu,” kata TVFXQSoul.

Sumber: Laman X

The post ‘Bangga jadi pondan cantik’ – Muhammad Sajjad kongsi video tarian tak senonoh di kelab pelangi ‘Kanggaru’ appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar