-->

Lelaki Australia yang dirakam kencing di tiang USJ 19 City Mall, didenda RM100

Seorang juruelektrik dari Australia, Chih Peter, 32 tahun, telah dikenakan denda sebanyak RM100 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam kerana melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Perbuatan tersebut telah dilakukan di tempat letak kereta USJ 19 City Mall pada pukul 10.51 malam.

Chih Peter telah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Inggeris di hadapan Majistret Sasha Diana Sabtu.

Warganegara Australia itu turut diperintah menjalani hukuman penjara sehari sekiranya gagal membayar denda tersebut. Namun, Chih membayar denda RM100.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 di mana perbuatan sedemikian boleh dikenakan denda maksimum RM100.

Terdahulu, peguamnya, R. Morhaneraj menjelaskan anak guamnya itu baru tiba di Malaysia 13 November lalu untuk menziarahi saudaranya.

Chih dikatakan tidak dapat menahan dirinya untuk pergi ke tandas semasa berada di tempat letak kenderaan, lalu kencing di tiang bangunan yang berdekatan. MAlah, dia tidak mengetahui perbuatannya itu dirakam oleh orang awam yang kemudian ditularkan di media sosial.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa RAya, Annur Athirah Amran memohon hukuman maksimum dikenakan kerana Chih didakwa tidak beradab ketika berada di negara ini.

Sumber: Kosmo! Online

The post Lelaki Australia yang dirakam kencing di tiang USJ 19 City Mall, didenda RM100 appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar