-->

‘Saya tak pernah cabar netizen, saya difitnah & terima banyak ugutan’ – Anak Makcik Kemboja dakwa video telah diedit

Anak lelaki kepada Makcik Kemboja, Ezuan, tampil menafikan dakwaan yang mengatakan dia mencabar netizen yang menghina ibunya, untuk bersemuka.

Sebaliknya, lelaki itu menegaskan bahawa dia telah difitnah, malah video ditularkan di TikTok itu adalah video yang telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengeruhkan lagi keadaan.

“Saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya telah diubah, diedit oleh individu tersebut sehingga menimbulkan provokasi terhadap masyarakat.

“Semalam (Selasa) saya telah men-stitch satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings. Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya kerana individu tersebut berkata dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya.

“Individu tersebut juga telah memaki hamun saya dan juga ibu saya dalam konten tersebut,” katanya yang turut memuat naik video yang asli.

“Mana dan di mana dalam video original yang dimuat naik oleh saya ada menyebut ‘cabar netizen/cabar korang semua’ atau mana-mana individu/pihak? Sedangkan saya cabar dia, spesifik siap ada nama penuh dia sekali.

“Namun, individu tersebut telah mengubah konten tersebut dengan mengambil bahagian-bahagian tertentu sahaja di mana saya sebut saya cabar, menyalak macam anjing dan sebagainya. Seolah-olah saya mencabar netizen.

“Ini merupakan salah satu konten/video yang dimuatnaik oleh netizen untuk memanaskan lagi keadaan.”

“Perkara ini telah mengancam keselamatan saya, sehingga saya menerima terlalu banyak ugutan untuk mengutip saya.

“Jadi di sini saya ingin menyatakan bahawa, segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dengan nama Allah saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya. Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia,” ujarnya.

Ezuan berharap netizen membantunya menularkan penjelasannya dan video asli tersebut agar orang ramai tahu tentang sisi sebenar disebalik dakwaan tidak berasas itu.

Sumber: X

The post ‘Saya tak pernah cabar netizen, saya difitnah & terima banyak ugutan’ – Anak Makcik Kemboja dakwa video telah diedit appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar