-->

Adik jadi saksi melihat kakaknya dirogol 7 lelaki (kawan abang) secara bergilir-gilir di rumah jiran

Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mendakwa telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tujuh lelaki yang juga rakan kepada abangnya, di sebuah kampung di Gerik, pada 3 November lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood berkata, kejadian itu turut disaksikan oleh adik mangsa berusia sembilan tahun.

Pihaknya ada menerima laporan daripada ibu mangsa yang berusia 36 tahun pada jam 9.26 malam, Isnin lalu.

“Ibu mangsa telah diberitahu oleh suaminya bahawa anak perempuan mereka telah dirogol. Kejadian itu disaksikan oleh anak lelaki mereka yang juga adik mangsa,” katanya.

Siasatan lanjut kemudian mendapati, pada 3 November lalu, sekitar jam 2 petang, saksi telah melihat tujuh orang rakan abangnya yang berusia lingkungan 13 hingga 31 tahun, merogol kakaknya di dalam bilik rumah jiran sebelah.

“Enam daripada suspek merupakan adik beradik dan seorang lagi rakan mereka,” tambah Zulkifli.

Saksi juga memaklumkan bahawa kejadian seumpama itu telah beberapa kali berlaku terhadap kakaknya yang tidak bersekolah.

Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik telah menahan kesemua suspek pada awal pagi semalam. Hasil ujian saringan air kencing ke atas semua suspek adalah negatif dan kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 November.

Sumber: Astro Awani

The post Adik jadi saksi melihat kakaknya dirogol 7 lelaki (kawan abang) secara bergilir-gilir di rumah jiran appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar