-->

‘Kau duduk diam, kau nak melawan lagi ke?!’ – Tular video rider Lalamove ditumbangkan hanya kerana perselisihan faham kecil

Seorang penghantar barang Lalamove mengalami kecederaan akibat dipukul dalam kejadian yang berlaku di Menara TRX berpunca daripada perselisihan faham di antara mangsa dengan pengawal keselamatan.

Menurut sumber yang menularkan video kejadian itu berkata, mangsa terdahulu mahu menghantar barang kepada penerimanya. Tetapi pengawal keselamatan (pekerja asing) tidak membenarkan mangsa naik ke atas.

“Rider tak puas hati, pergi maki guard,” kata sumber.

Kesal dimaki, pengawal terus menghubungi seorang lelaki (jaket merah) yang kemudian datang ke lokasi kejadian dan terus menyerang mangsa, termasuk menjatuhkan dan menekan leher mangsa.

“Sabar! Kau duduk kat sini kejap, duduk diam. Kau bukan orang sini? Kenapa bahasa kau lain? Kau cuba cakap pulak dia (pengawal) orang lain? Nak melawan lagi ke?! Kau duduk diam kejap,” kata lelaki berjaket merah.

“Leher aku sakit!” jerit mangsa sebelum didatangi seorang lelaki yang meminta kedua-duanya bertenang dan tidak bertindak keterlaluan.

Menurut wanita yang merakam video itu berkata, dia sendiri melihat lelaki berjaket merah itu melakukan provokasi terhadap mangsa berkali-kali.

“Dia berterusan melakukan provokasi, saya minta dia bertenang dan jangan cederakan dia. Saya cakap saya akan bertanggungjawab kerana dia datang ke sini disebabkan saya yang panggil,” jelas pengadu.

“Dia melompat kat pengawal dua kali. Tak perlulah dia ni naik tangan pada pengawal kerana pengawal hanya menjalankan tugas dan menghalang orang luar dari lalu sini,” balas lelaki berkenaan.

“Kamu orang ini pun.. saya pun orang Sabah tau, awak anggap orang Sabah orang luar ke? Kami bukan orang luar tau.

“Dia datang ke sini sebab saya tau, saya yang order barang ini. Saya tak tahu motosikal Lalamove tidak dibenarkan berada di kawasan ini.

“Bila dia dah nak beredar, pengawal berkenaan menahan motosikal dia,” jelas pengadu.

Dalam pada itu, pengadu turut menegur tindakan lelaki berkenaan tidak profesional dan gagal mengawal diri kerana memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan.

Sumber: X

The post ‘Kau duduk diam, kau nak melawan lagi ke?!’ – Tular video rider Lalamove ditumbangkan hanya kerana perselisihan faham kecil appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar