-->

Isteri CEO Grab nafikan hantaran pro Israel, Grab dakwa hantaran diambil di luar konteks sebenar

Prihatin dengan nasib yang menimpa rakyat Palestin, bermacam-macam cara dilakukan oleh rakyat Malaysia bagi menzahirkan tanda sokongan tidak berbelah bahagi dengan kesengsaraan mereka.

Kempen boikot antaranya merupakan satu kempen besar-besaran yang dilakukan sehingga ada yang mendakwa terdapat beberapa premis mula tidak dikunjungi ramai.

Terbaharu, satu hantaran tular di media sosial telah membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia apabila isteri kepada pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif untuk syarikat Grab, Chloe Tong didakwa telah memuat naik satu hantaran yang berbaur sokongan terhadap Israel.

Susulan itu, satu kempen boikot secara besar-besaran terhadap perkhidmatan Grab dilakukan oleh rakyat Malaysia.

Menyedari isu ini mula tular, Chloe Tong bagaimanapun menjelaskan bahawa hantaran yang dibuatnya telah dimuat naik beberapa minggu lalu. Dan secara tiba-tiba tular sehingga mengundang kebencian ramai.

Dia sebaliknya menegaskan hantaran tersebut dibuat sebelum dia memahami konflik yang berlaku antara Gaza dan Israel.

Dia juga menjelaskan, dia turut berasa sedih dengan konflik peperangan yang berlaku. Chole turut berharap berlakunya gencatan senjata agar semuanya kembali aman dan damai.

Dalam pada masa sama, Grab juga memaklumkan hantaran yang dibuat oleh Chloe Tong telah diambil di luar konteks sebenar.

Grab bagaimanapun menyatakan kekal teguh dengan pendirian pro kemanusiaan, dan menyokong sebarang usaha ke arah kemanan dan pelaksanaan gencatan senjata.

“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan,dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC yang menghormati hak asasi manusia,” tulis kenyataan itu.

Sumber: Grab Malaysia, Nur Sakinah Badron

The post Isteri CEO Grab nafikan hantaran pro Israel, Grab dakwa hantaran diambil di luar konteks sebenar appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar