-->

Bapa mertua mengaku bunuh menantu hamil 7 bulan hanya kerana mangsa enggan melayani nafsunya

Selasa lalu, seorang lelaki terkejut apabila menemui isterinya dalam keadaan tidak bernyawa selepas pulang ke rumah di Desa Parerejo, Daerah Pasuruan, Indonesia.

Sueb Wibisono, 31, yang baru pulang dari kerja mendapati isterinya, Fitria Almuniroh Hafidloh Diyanah, 23, terbaring berlumuran darah dan tidak bernyawa di atas katil.

Panik dengan penemuan itu, Sueb terus berteriak. Beberapa jiran berdekatan mendengar jeritan itu terus datang dan membantu menghantar mangsa ke klinik kesihatan berdekatan.

Malangnya, Fitria dan kandungannya berusia tujuh bulan itu tidak dapat diselamatkan dan kedua-duanya disahkan meninggal dunia.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan seorang lelaki iaitu bapa mertua mangsa, Khoiri, 52, yang disyaki sebagai suspek utama kejadian tersebut.

Jurucakap Polis Pasuruan, Hari Aziz berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku membunuh mangsa menggunakan pisau kerana berang dengan Fitria yang menolak permintaannya.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan baru selesai mandi. Suspek ketika itu berada dalam keadaan mabuk, ternampak mangsa dalam keadaan terlentang di atas katil bilik. Lalu timbul niat di hatinya untuk menceroboh. Suspek cuba mencium dan meminta mangsa menuruti kehendaknya untuk melakukan hubungan seks.

Tetapi mangsa melawan. Tindakannya itu membuatkan suspek berang lalu mengambil pisau dan mengelar leher ibu hamil itu sebelum melarikan diri.

Semasa disoal siasat, Khoiri yang bekerja sebagai buruh binaan mengaku menyesal membunuh menantu dan cucunya yang masih berada di dalam kandungan.

Namun kata-katanya itu tidak dapat dipercayai berikutan tiada sebarang ekspresi menyesal atau sedih di wajahnya semasa mengungkap kata-kata penyesalan itu/

Laporan bedah siasat yang dijalankan memaklumkan, terdapat kesan luka di lehar mangsa sepanjang 13 sentimeter akibat dikelar dengan objek tajam.

Sementara itu, ibu bapa mangsa mengakui terkejut menerima berita buruk berkenaan. Ibu mangsa, Nurul Afini dan bapanya, Munir, menggesa pihak berkuasa menjatuhkan hukuman berat terhadap Khoiri.

“Saya berharap dia dikenakan hukuman berat atau dicacatkan. Tangan dan kakinya harus dicacatkan,” tegas Nurul.

Sumber: Detik, Kilat

The post Bapa mertua mengaku bunuh menantu hamil 7 bulan hanya kerana mangsa enggan melayani nafsunya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar