-->

Gara-gara lantang bersuara isu Palestin, Bella Hadid digantikan dengan model dari Israel

Gara-gara lantang bersuara mengenai isu konflik yang melanda Palestin, Bella Hadid didakwa telah dipecat daripada menjadi duta kepada syarikat kosmetik antarabangsa, Dior.

Tindakan syarikat berkenaan dibuat kerana dikatakan kurang senang melihat Bella Hadid dengan terbuka menyuarakan solidariti terhadap Palestin.

Bella yang sudah menjadi wajah jenama popular dunia itu sejak 2016 bagaimanapun digantikan dengan model dari Israel, May Tager.

Menerusi video promosi pengiklanan bagi minyak wangi baharu jenama La Collection Privee, May Tager dipaparkan dengan jelas sebagai wajah baharu kepada syarikat berkenaan.

Sebuah akhbar tempatan Israel turut mengesahkan berita itu dan memuji pendirian yang dibuat oleh syarikat Dior.

“Walaupun banyak syarikat di seluruh dunia mengelak daripada menyokong Israel secara terbuka, jenama antarabangsa Dior telah memilih model Israel May Tager untuk mengetuai kempen mereka, peranan yang sebelum ini dipegang oleh Bella Hadid, yang telah lama menjadi penyokong perjuangan Palestin dan pengkritik lantang Israel,” katanya.

Walaupun Dior tidak mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perubahan itu, langkah itu telah menimbulkan persoalan mengenai pendirian jenama itu terhadap konflik Israel-Palestin.

Sokongan terang-terangan Bella Hadid terhadap Palestin, termasuk kecamannya terhadap serangan udara Israel di Semenanjung Gaza, telah menjadikan beliau seorang pempengaruh yang disegani.

Seperti Dior, Bella juga sehingga kini tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perubahan tersebut.

Sementara itu di jaringan X, netizen mula tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh syarikat itu dan bertindak mula memboikot jenama tersebut.

Terdahulu, Bella menyuarakan solidariti terhadap Palestin dan dengan berani menyatakan tidak gentar sekiranya dia bakal disingkir dari mana-mana jenama antarabangsa.

Sumber: Wion

The post Gara-gara lantang bersuara isu Palestin, Bella Hadid digantikan dengan model dari Israel appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar