-->

Bapa rogol & cabul 3 anak sehingga salah seorang mangsa hamil 7 bulan, berdepan dengan hukuman penjara 654 tahun, 150 sebatan

Seorang lelaki berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Muar atas 34 pertuduhan merogol dan mencabul tiga anaknya sejak tahun 2012 sehingga Oktober lalu yang menyebabkan salah seorang daripada mangsa hamil tujuh bulan.

Tertuduh membuat pengakuan bersalah atas 27 pertuduhan. Namun mengaku tidak bersalah bagi tujuh lagi pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Irwan Suainbon.

Pengakuan bersalah oleh tertuduh bagi 27 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya itu membolehkan dia dikenakan hukuman penjara maksimum 654 tahun dan 150 sebatan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol tiga anaknya yang berusia, lapan, sembilan dan 10 tahun di beberapa lokasi berbeza kerana keluarga berkenaan sering berpindah.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol dua anaknya sejak mangsa berusia lapan dan 10 tahun di enam lokasi berbeza berikutan keluarga berkenaan seringkali berpindah.

Difahamkan, anak kedua dirogol sejak 2012 dan ketika itu mangsa berusia lapan tahun. Kejadian itu berlarutan sehingga Jun 2023 dan kini sedang hamil.

Kakak kepada mangsa pertama pula dirogol dan dicabul sejak tahun 2015 dan ketika itu mangsa berusia 10 tahun. Kali terakhir berlaku pada 15 Disember 2022.

Seorang lagi mangsa yang kini berusia 12 tahun, dicabul semasa berusia enam tahun. Kali terakhir dilakukan sedemikian pada Oktober 2023.

Kejadian itu terbongkar kerana perubahan fizikal anak kedua tertuduh disedari oleh ibu saudaranya, lalu dibawa menjalani pemeriksaan dan disahkan hamil.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, lelaki itu ditahan pada 28 Oktober lalu. Malah, keputusan ujian saringan air kencing turut mendapati dia positif dadah.

Mahkamah tidak menawarkan sebarang ikat jamin kepada tertuduh. Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 16 November ini.

Sumber: Harian Metro

The post Bapa rogol & cabul 3 anak sehingga salah seorang mangsa hamil 7 bulan, berdepan dengan hukuman penjara 654 tahun, 150 sebatan appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar