-->

Tular gambar donut jenama antarabangsa dihiasi bintang ‘bendera pendatang haram’, undang rasa kurang senang netizen

Tular satu hantaran di Facebook pro-Israel yang meluahkan rasa bangganya terhadap restoran kedai roti antarabangsa mengeluarkan produk ‘baharu’ didakwa memberi sokongan terhadap Israel dalam konflik di Gaza.

Berdasarkan gambar tersebut, donut berperisa coklat itu dihiasi dengan bentuk bintang daud yang menjadi simbol pada bendera Israel.

“Wah! Lihatlah donat yang mereka sediakan ini. Kami mengucapkan terima kasih di atas sokongan,” tulis Jewish Project.

Hantaran itu mengundang rasa kurang senang orang ramai yang mula membanjiri ruangan komen dengan komen berbentuk bendera Palestin sebagai tanda solidariti kepada negara berkenaan yang dizalimi Israel.

Selain itu, ramai netizen yang mengambil keputusan untuk memboikot produk makanan jenama berkenaan.

Berdasarkan semakan di internet, jenama berkenaan mempunyai 41 cawangan di Israel. Namun tidak jelas sama ada syarikat berkenaan menyokong Israel atau sebaliknya.

Sesetengah sumber memaklumkan bahawa syarikat tersebut enggan terlibat dengan mana-mana kontroversi yang boleh menjejaskan perniagaan dan pelanggannya.

Tiada sebarang kenyataan rasmi daripada jenama itu mengenai pendiriannya terhadap Israel.

Sumber: Facebook Jewish Project

The post Tular gambar donut jenama antarabangsa dihiasi bintang ‘bendera pendatang haram’, undang rasa kurang senang netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar