-->

‘Allah melaknat lelaki memakai pakaian wanita termasuk urusan jual beli, pakaikan pada patung’ – Ustaz Azhar Idrus

Pelbagai cara digunakan oleh penjual bagi melariskan jualan. Promosi secara besar-besaran dibuat bagi menarik perhatian pelanggan terutamanya wanita.

Baru-baru ini seorang penjual lelaki menarik perhatian ramai apabila menunjukkan tutorial memakai tudung yang dijual.

Kebanyakan wanita yang menonton sesi secara langsung jualan tudung itu memuji cara penjual itu yang dikatakan cekap membuat tutorial berbanding wanita. Tetapi, ada juga yang mempersoalkan tindakan lelaki itu apabila memakai atau menutup kepala menyerupai wanita.

Menjawab persoalan tersebut, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan Allah S.W.T melaknat lelaki yang memakai pakaian wanita dan hukumnya adalah haram.

@benny_x

Replying to @misssya_nss akhir zaman perkara dosa dianggap biasa. Ustaz Azhar Idrus menjawab hukum lelaki pakai tudung walaupun untuk berniaga. Tujuan tudung untuk menutup dada/aurat. Ada akta syariah lelaki menyerupai perempuan, perempuan menyerupai lelaki. #uai #ustazazharidrus #ceramahislam #lelakipakaitudungviral #tudungmagneticlelaki #nisaai #kedaidady #ariffimran #sillahijab #yusfariq #hijabmagnet #thejasmine #manjahhh #tudungtutorial #hijabtutorial

♬ original sound – Alissa PMW – Alissa PMW

“Allah melaknat lelaki pakai pakaian untuk perempuan. Pakaikan pada patung.

“Hanya boleh ketika darurat sebagai contoh lelaki dirompak atau samun sehingga tiada pakaian. Dan lelaki ini terjumpa pakaian wanita di tengah jalan dan memakainya. Hukumnya tidak haram kerana menutup aurat,” jelasnya.

Sementara itu, netizen berkata teguran telah dibuat menerusi sesi siaran langsung jualan itu tetapi teguran itu seolah sia-sia. Berkemungkinan juga penjual tidak menyedari komen teguran yang ditinggalkan.

Sumber: Ustaz Azhar Idrus, TikTok

The post ‘Allah melaknat lelaki memakai pakaian wanita termasuk urusan jual beli, pakaikan pada patung’ – Ustaz Azhar Idrus appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar