-->

Terlalu bergantung pada gajet ketika makan (Zombie eater), beri kesan jangka panjang pada perkembangan anak-anak

Bagi memudahkan anak-anak kecil makan dan tidak berganjak dari meja makan, sesetengah ibu bapa memilih untuk memberikan anak-anak mereka gajet. Situasi ini juga memudahkan ibu bapa yang tidak mempunyai masa untuk lebih fokus kepada anak-anak.

Seorang wanita berkongsikan kesan yang akan dihadapi oleh anak-anak sekiranya waktu makan mereka terbiasa dan bergantung pada gajet.

Beliau mengulas melalui satu video yang memaparkan seorang kanak-kanak kelihatan seperti memberontak di kerusi meja makan.

“Salah satu kesan sensory anak overstimulation. Dalam kes ni maybe anak ni terlebih rangsangan pada sensori visual (berdasarkan video), jadi anak mudah tantrum bila tak dapat apa yang dia nak (which is tv). Dan lagi satu, sebab dah dijadikan ia sebagai rutin tengok TV sambil makan.

“Bila anak makan sambil tengok TV/gadget kita panggil sebagai Zombie Eater/Mindless Eater,” katanya.

Kesan negatif pada perkembangan anak-anak

Rutin ini jelasnya akan memberikan kesan negatif terhadap perkembangan kanak-kanak.

“Boleh memberi kesan negatif pada perkembangan bahasa, skill dan short term memory. Anak juga kemungkinan boleh menjadi picky eater.

“Kesannya memang belum nampak sekarang, tapi ia akan jadi dalam jangka masa yang panjang (long term effect),” katanya.

Cara mengatasi

Tambahnya, ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk mengelakkan anak-anak daripada gajet ketika makan.

” Cuba ajak anak bersembang waktu makan dan main game sambil tunggu makanan. Selalunya i akan main game “I Spy with My Eyes”.

“Untuk baby, bawa dia berjalan dulu sementara tunggu makanan sampai dan boleh bawa aktiviti yang boleh menarik fokus anak dalam tempoh yang lama,”katanya.

“Sekiranya ada situasi yang memang memerlukan penggunaan gadget, anak-anak digalakkan bermain dengan education games atau tengok educational videos okay parents.

“Yang penting, jangan jadikan habit kalau tak kita yang susah di kemudian hari,”tulisnya.

Sumber: Aishah

The post Terlalu bergantung pada gajet ketika makan (Zombie eater), beri kesan jangka panjang pada perkembangan anak-anak appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar