-->

‘Saya sudah maafkan Rashidi, dia alami gangguan jiwa’ – Kembali tular, kisah pembunuhan tragis yang mengorbankan 4 nyawa

Kisah ini berlaku beberapa tahun dulu, sekitar tahun 2010. Peristiwa berdarah yang menggemparkan satu Malaysia dengan pembunuhan yang sangat tragis membabitkan sebuah keluarga, kembali tular di media sosial.

Rashidi dilaporkan telah membunuh ahli keluarganya iaitu bapa, datuk, nenek tiri dan adiknya dengan kejam.

@naeldaily

Replying to @anyongmuslim508 buat keluarga rashidi, maaf sekiranya tt ini menyinggung anda. Kejadian ini adlh berita yg kekal dilaporkan di portal berita jenayah. Kami kongsi kisah agar rakyat lbh cakna kpd masalah mental ini, apatah lg pasca covid. Kami mengajak viewers utk sedekahkan Al-Fatihah buat keluarga.alfatihah

♬ original sound – CEO OF SCARY – CEO OF SCARY

Kepala bapa dalam beg alas

Rashidi turut memenggal dan memasukkan kepala bapanya dalam beg. Lalu bergerak ke pekan Tampin dengan menunggang motosikal, sebelum menaiki bas menuju ke Shah Alam untuk mengebumikan kepala bapanya di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Ketika itu tiada sesiapa pun menyedari kandungan dalam beg galas dibawa oleh Rashidi. Kira-kira jam 4.05 petang, 6 Januari 2010, Rashidi berjaya ditahan polis di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.

Memetik dari laporan media tempatan, ibu kepada Rashidi, Zaharah berkata, pada awalnya dia menjangkakan ahli keluarganya dibunuh kejam oleh perompak. Namun tidak menduga perbuatan itu dilakukan oleh anaknya sendiri.

Meskipun kejadian tersebut sudah lama berlalu, Zaharah tidak pernah sesekali menyimpan dendam terhadap Rashidi.

Gangguan jiwa

Bagi Zaharah, tragedi itu bukan disengajakan, tetapi Rashidi diserang gangguan jiwa. Selain mendakwa terdengar arahan ‘suara halus’ menyuruhnya melakukan perbuatan tersebut.

“Saya sudah maafkan Rashidi kerana dia anak yang baik. Namun, kejadian itu mana mungkin dilupakan kerana mengorbankan empat ahli keluarga. Saya trauma dan sering terbayang kejadian itu ketika mahu tidur,” katanya.

Menurut Zaharah, individu pertama yang terlalu trauma adalah anak bongsunya iaitu, Siti Mariam. Ketika kejadian, Siti Mariam baru sahaja pulang dari sekolah. Sebaik duduk di kusyen ruang tamu, Siti Mariam mendapati kakaknya,Siti Khatijah sedang ‘tidur’ lalu dimarahinya, tetapi tidak disahut.

Semasa remaja berkenaan mendekati kakaknya, dia terkejut apabila melihat sebilah pisau tertusuk di dadanya dan kelihatan darah mengalir di ruang tamu.

Siti Mariam terus berlari ke rumah datuk yang terletak bersebelahan untuk meminta bantuan. Namun dia sekali lagi terkejut apabila mendapati datuk dan neneknya juga telah mati dibunuh dalam keadaan tangan kanan serta kiri terputus.

Dia berlari semula ke rumahnya sebelum ternampak mayat bapanya tanpa kepala, terbaring bersebelahan rumahnya.

“Rashidi tidak sengaja melakukan semua ini. Sepanjang dimasukkan ke Penjara Sungai Buloh, Penjara Kajang dan Hospital Permai, Tampoi, Johor, dia selalu memohon maaf dan meminta saya tidak menangis,” kata Zaharah.

Mahkamah putuskan Rashidi tidak bersalah

Menurutnya, di dalam penjara, anaknya menulis novel selain mencipta lirik lagu untuk penyanyi Mamat Exist sewaktu di Penjara Raub, Pahang.

Dalam pada itu, Zaharah mengakui anaknya diserang gangguan jiwa kerana tertekan selain putus tunang.

“Mahkamah sudah memutuskan dia tidak bersalah dan semua ahli keluarga tidak berdendam. Apabila dia dibebaskan kelak, kami akan menerima dan mencarikannya pekerjaan,” katanya.

Dia berkata, anaknya itu juga memiliki ilmu agama kerana pernah belajar di sekolah agama di Seremban.

Sementara itu, bapa saudara kepada Rashidi berkata, Rashidi disifatkan seorang yang baik dan suka membantu. Rashidi yang juga bekas penuntut Ijazah Sarjana Muda Perakaunan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor banyak membantu anaknya ketika menyambung pengajian dan mendapatkan pekerjaan.

“Rashidi seorang yang pendiam, tetapi suka membantu. Dia bukan panas baran atau memiliki rekod jenayah. Rashidi anak dan abang yang baik, tambahan pula terlalu menyayangi adiknya, Siti Khatijah dan Siti Mariam,” katanya.

Bagi mengingati pengorbanan datuk kepada Rashidi, arwah Atan yang juga seorang imam, penduduk sepakat menukar nama Jalan Seri Villa kepada Jalan Imam Atan di kampung berkenaan.

Sumber: Harian Metro, TikTok

The post ‘Saya sudah maafkan Rashidi, dia alami gangguan jiwa’ – Kembali tular, kisah pembunuhan tragis yang mengorbankan 4 nyawa appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar