-->

KPT tidak berhasrat teruskan pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dilaporkan tidak berhasrat meneruskan pemberian diskaun bagi pembayaran balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Setakat ini, kita sudah tidak lagi meneruskan (diskaun PTPTN) itu. Namun, apa-apa pun mengenai hal itu, ia tertakluk kepada keputusan Kementerian Kewangan,” kata Menteri KPT, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan peminjam PTPTN aan mendapat berita gembira dalam pembentangan Belanjawan 2023 yang akan dibentang pada 13 Oktober ini.

Dalam Belanjawan 2023 yang lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan kerajaan bersetuju untuk memberi diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 20 peratus bermula 1 Mac hingga 31 Mei lalu.

Peminjam juga dibenarkan membuat penangguhan bayaran balik yang berpendapatan bulanan RM1,800 ke bawah bagi tempoh enam bulan sebagai meringankan bebanan kewangan peminjam yang terkesan.

Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online

The post KPT tidak berhasrat teruskan pemberian diskaun kepada peminjam PTPTN appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar