-->

‘Kami bukan nak rosakkan industri muzik’ – Ryan Bakery & adiknya sertai Famili Duo untuk cuba benda baru

Umum mengetahui, pempengaruh media sosial, Ryan Bakery dan adiknya, Adam Bakery, telah menyertai program realiti kekeluargaan, Famili Duo, musim ketiga. Dalam program itu, dua beradik berkenaan akan bersaing dengan lima pasangan lain.

Bagaimanapun, media melaporkan ada segelintir penyanyi menganggap penyertaan pempengaruh dalam bidang nyanyian sebagai perosak industri muzik.

‘Kami nak cuba benda baru’

Tidak gentar dengan tanggapan itu, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, tampil memberi penjelasan.

Menurut Ryan, pada asalnya mereka hanya sekadar mahu mencuba dan tidak menyangka akan berentap dengan selebriti ternama. Namun itu bukanlah menjadi batu penghalang untuk meneruskan pertandingan.

“Kami nak cuba benda yang baru. Kami merancang nak buat lagu untuk para peminat dan di sinilah tempat untuk kami belajar, serta untuk mengilap tahap keyakinan diri supaya tidak menggeletar.

“Kita bukanlah nak merosakkan industri muzik, tetapi kita hanya mahu mewarnai sahaja.

“Sama juga ada artis yang menggunakan media sosial untuk buat content. Kenapa tidak kami yang di media sosial nak cuba benda baru? Rezeki masing-masing. Berilah ruang, kalau orang itu ada kualiti? Kenapa tidak boleh? Insha-Allah kami cuba menghiburkan semua orang.

“Apa salahnya kita cuba sikit-sikit, bukannya kita nak tapau semua. Sama juga, artis pun ada yang buat content di media sosial. Haa, macam itulah,” katanya.

Famili Duo akan memulakan siarannya pada 15 Oktober ini di TV3 yang menampil Janna Nick dan Izzue Islam sebagai hos program. Manakala Ajai dan Mas Idayu sebagai juri tetap.

Enam pasangan selebriti akan tampil bertanding dengan kreativiti masing-masing menerusi tema berbeza setiap minggu.

Pasangan yang berjaya menjadi juara akan menerima hadiah utama berupakan wang tunai berjumlah RM100,000.

Sumber: mStar Online, Berita Harian

The post ‘Kami bukan nak rosakkan industri muzik’ – Ryan Bakery & adiknya sertai Famili Duo untuk cuba benda baru appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar