-->

‘Saya dicurangi’ – Suami tetak isteri sampai mati kerana disyaki telah menduakannya tanpa rela

Seorang wanita mati dibunuh suaminya kerana disyaki curang dan berkahwin sekali lagi. Lebih mengejutkan, saspek turut dibantu oleh anak kandungnya sendiri, lapor Tribun Probolinggo.

Bagaimanapun perbuatan saspek yang dikenali sebagai Bambang, 40, itu terbongkar dan dia akhirnya mengaku membunuh mangsa, dalam kejadian di Probolinggo, Jawa Timur, Indonesia.

Saspek nekad membunuh mangsa, ‘AR’, 35, kerana mengesyaki isterinya menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Malah, mangsa dikhabarkan sudah bernikah dengan lelaki berkenaan, ‘BA’, berusia 38 tahun.

Kejadian itu berlaku pada jam 7 pagi, Jumaat, 29 September 2023. Ironinya, anak kandung mangsa, Muhammad Nur, 20, turut terlibat dalam kes pembunuhan tersebut.

Saspek mengaku dia berasa sakit hati yang mendorongnya untuk membunuh isterinya selepas terserempak dengan mangsa yang sedang membonceng motosikal dengan BA.

Bambang dan Muhammad Nur terus menahan pasangan itu dan tanpa berfikir panjang mereka terus menyerang mangsa menggunakan pisau. Akibatnya, mangsa mengalami luka parah di kepala, tangan dan leher.

Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian disebabkan kecederaan parah yang dialaminya.

Kedua-dua saspek telah ditahan dan polis turut merampas sebilah pisau dan motosikal Yamaha milik saspek. Mayat mangsa dihantar ke hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.

The post ‘Saya dicurangi’ – Suami tetak isteri sampai mati kerana disyaki telah menduakannya tanpa rela appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar