-->

‘Sekolah kata wajib bayar, gaji saya hanya RM1,500’ – Terbeban dengan Yuran PIBG, lelaki ini salahkan Kerajaan Madani tetapi dikecam netizen

Semalam, seorang lelaki memuat naik luahan di Facebook group Marang berhubung bebanan bayaran yuran PIBG sekolah anak-anaknya.

Sebagai ketua keluarga yang hanya mampu meraih gaji minimum RM1,500, Khairul mengakui pendapatannya itu tidak mampu membayar yuran PIBG yang dikenakan.

Berdasarkan dokumen yang dikongsi, setiap pelajar dikehendaki membayar yuran PIBG sebanyak RM105 ke atas. Malah, pelajar diwajibkan membayar yuran berkenaan.

Yuran PIBG wajib dibayar?

“Terima kasih Kerajaan Madani. Duduk di Terengganu, pendapatan hanya RM1,500 sebagai pekerja kedai runcit. Kerja jam 10 pagi hingga 10 malam. Tolak KWSP, dapatlah RM1,200.

“Anak tiga orang sekolah menengah, tingkatan 1, 3 dan 5. Dua lagi sekolah rendah Tahun 2 dan 3. Bini sakit strok, sewa rumah RM550,” katanya dalam hantaran tersebut.

Menurut Khairul, dia ada menghubungi pihak sekolah yang memaklumkan yuran itu wajib dibayar. Usahanya untuk mendapatkan penjelasan daripada Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) berhubung perkara berkenaan tidak kesampaian kerana pegawai berkenaan bertugas di luar kawasan.

Justeru, bapa kepada lima anak itu tiada pilihan lain dan terpaksa mencari pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatannya.

“Tak ada ke kerja sampingan di hari Jumaat, untuk saya tambah pendapatan? Semoga Allah SWT mudahkan urusan kita semua,” katanya.

Caj yuran atas persetujuan PIBG

Bagaimanapun, tindakannya ‘berterima kasih’ kepada Kerajaan Madani mengundang rasa kurang senang netizen yang beranggapan budaya menyalahkan kerajaan di atas semua perkara itu adalah tidak wajar dilakukan.

Menurut netizen, yuran tersebut ditentukan oleh PIBG sendiri tanpa melibatkan campur tangan dari kerajaan. Sebagai ibu bapa, mereka seharuskan hadir ke masyuarat PIBG untuk membangkitkan hal-hal sedemikian.

“Tuan pergi tak mesyuarat PIBG sekolah tu? Biasa dah diterangkan dalam mesyuarat, kalau tak setuju boleh usulkan cadangan. Sebab yuran PIBG itu atas persetujuan PIBG sekolah. Kebiasaannya yuran PIBG bayaran untuk seorang anak sahaja, walaupun ada ramai anak di sekolah itu,” kata Afifah.

“Kalau nak salahkan kerajaan juga, awal tahun lagi kerajaan dah bagi bantuan persekolahan RM150. Bukan untuk seorang anak, tetapi setiap anak yang berskolah akan dapat. Kalau lima anak dah RM750. Salah kerajaan juga ke?” kata Jasika.

KPM pantau caj yuran PIBG

April lalu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek menjelaskan kementeriannya sentiasa memantau caj yuran PIBG yang dikenakan agar tidak membebankan ibu bapa.

KPM melalui Surat Pemakluman Sumbangan PIBG pada 15 September 2021 memberi peringatan kepada sekolah-sekolah agar tidak mengenakan bayaran tambahan dalam sumbangan PIBG.

The post ‘Sekolah kata wajib bayar, gaji saya hanya RM1,500’ – Terbeban dengan Yuran PIBG, lelaki ini salahkan Kerajaan Madani tetapi dikecam netizen appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar