-->

‘Kata tak nak jatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat live, kesian Makcik I’ – Linda Beego kecam tindakan Ekin tularkan perniagaan ibu saudaranya

Isu melibatkan dakwaan usahawan selebriti, Ekin terhadap caj bayaran yang dikenakan oleh pengusaha kedai makan di Johor Bahru belum berkesudahan. Walaupun pihak KPDN Johor telah menjalankan siasatan dan juga mengenakan tindakan kepada pengusaha terbabit, isu ini masih diperkatakan lagi.

Seorang pelakon drama, Linda Beego mengecam tindakan yang telah dibuat oleh Ekin dengan menularkan isu tersebut.

Tambahnya lagi, sekiranya Ekin tidak jelas dengan harga dan hidangan yang disediakan, sepatutnya Ekin perlu terus bertanyakan kepada pengusaha kedai.

“Kesian peniaga sekarang, naik harga je kena kecam. Ingatkan artis je selalu kena kecam. Next time kalau tak berapa clear dengan harga, boleh je tanya depan-depan, bukan curi-curi ambil video orang, tak baik,” tulisnya.

Linda turut mempersoalkan kenyataan Ekin yang menyatakan tidak mahu menjatuhkan perniagaan sesiapa, tetapi tindakan Ekin adalah sebaliknya.

Dalam hantaran tersebut juga, Linda mendedahkan pemilik kedai yang bernombor 14 itu merupakan ibu saudaranya.

Terdahulu, tular kenyataan Ekin yang meluahkan rasa kecewa dengan pengusaha kedai makanan laut yang mengenakan caj bayaran sebanyak RM1260. Dan caj yang dikenakan dianggap tidak masuk akal.

Sumber: Lindabeego

The post ‘Kata tak nak jatuhkan perniagaan sesiapa, tapi siap buat live, kesian Makcik I’ – Linda Beego kecam tindakan Ekin tularkan perniagaan ibu saudaranya appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar