-->

Remaja 16 tahun maut dalam kemalangan, dipercayai berlumba haram dengan rakannya sebelum rempuh belakang kereta

Seorang penuntut di sebuah kolej vokasional dilaporkan maut, manakala rakannya pula mengalami kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku di Kilometer 59, Jalan Kota Tinggi – Kluang, Felda Ulu Penggeli, jam 10.15 kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa yang maut adalah remaja lelaki berusia 16 tahun, manakala rakannya pula berusia 18 tahun.

Siasatan mendapati, kemalangan itu membabitkan tiga buah kenderaan. Mangsa dan rakannya sebelum itu dipercayai sedang berlumba.

Namun, mangsa dikatakan hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah kenderaan dipandu lelaki berusia 33 tahun yang sedang membelok ke simpang di sebelah kanan jalan.

Akibat dari rempuhan itu, mangsa meninggal dunia serta-merta di lokasi, manakala rakannya pula mengalami patah kaki kanan, luka di muka. Pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Kosmo! Online

The post Remaja 16 tahun maut dalam kemalangan, dipercayai berlumba haram dengan rakannya sebelum rempuh belakang kereta appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar