-->

‘Dia dah lembik, tak larat & terus tumbang’ – Ibu kongsi detik cemas selepas tersalah beri anak makan ubat expired

Apabila anak mula sakit atau demam, ibu bapa mula risau dengan keadaan anak. Langkah pencegahan sebelum membawa anak ke klinik, kebiasaannya ibu bapa akan memberikan anak-anak ubat-ubatan yang diperoleh dari klinik sebelum ini. 

Namun, ibu bapa juga perlu memastikan sebelum memberikan anak-anak ubat tersebut, ibu bapa perlu memeriksa terlebih dahulu tarikh luput yang tertera.

Seperti perkongsian wanita ini, dia berdepan dengan detik cemas apabila anak perempuannya mengalami alahan pada ubat yang sudah mencapai tarikh luput.

“Please alert dengan ubat expired dekat rumah. Kakak demam balik sekolah, saya minta dia makan ubat paracetamol.

“Tak lama lepas dia makan ubat tu, kakak kata dada dia sakit macam nak muntah dan jerit satu badan dia gatal,” tulisnya.

Ketika itu wanita ini menganggap anaknya hanya mahukan perhatian, tetapi dia mula terkejut apabila mendapati mulut anaknya bengkak dan dipenuhi ruam.

“Dia dah lembik, tak larat dan terus tumbang. Lepas tu dia muntah dan batuk keluar buih penuh kat mulut dia. Saya panggil dia dan tepuk di muka dia, dia tak sedar,” katanya.

Melihat keadaan begitu, anaknya terus dibawa ke hospital dan didapati tahap oksigen anaknya sudah menurun.

“Tak dapat bayangkan kalau kami lambat ke hospital. Tak lama selepas tu, kakak sedar,” katanya.

Menerusi perkongsian wanita ini juga, dia berkongsikan info mengenai tarikh luput ubat-ubatan.

Sumber: Twitter

The post ‘Dia dah lembik, tak larat & terus tumbang’ – Ibu kongsi detik cemas selepas tersalah beri anak makan ubat expired appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar