-->

Jumlah followers TikToker Syamimia terus menjunam, dari 1.01 juta kini tinggal 945.5K followers

Jika semalam media melaporkan pempengaruh Syamimia hilang ratusan ribu pengikutnya di TikTok berbaki 1.01 juta, angka tersebut berterusan menjunam dengan angka terkini, 945,900 pengikut.

Syamimia terdahulu dikecam netizen gara-gara membuat kenyataan yang menimbulkan rasa kurang senang, semasa menjelaskan mengenai dakwaan tidak memuat naik sebarang video berkaitan dengan isu Palestin.

Kehilangan ratusan ribu pengikut di media sosial dilihat sedikit sebanyak memberi kesan kepada pempengaruh itu yang mula menutup ruangan komen di setiap posting videonya.

Walaupun dikecam, beberapa video terbaru yang dimuat naik masih menerima jumlah tontonan yang banyak sehingga mencecah 4.2 juta tontonan.

Kelmarin Syamimia tampil memohon maaf kepada netizen atas kenyataan yang dibuat telah menyinggung orang ramai.

“Saya minta maaf kepada yang terasa hati, yang merasa saya neutral duduk tengah-tengah, tak sokong Palestin apa semua. Saya tak cukup tangan untuk puaskan hati semua orang,” katanya.

Berhenti kecam Syamimia

Walaupun dikecam teruk, ada segelintir netizen yang bersimpati dan meminta orang ramai tidak berterus membulinya di media sosial.

“Seram aku baca komen masing-masing. Dia sendiri dah minta maaf, apa lagi yang korang nak kecam? Agaknya lena tidur malam korang selepas mengecam, mengata Mimi. Dah unfollow tak payahlah kot nak datang komen bagai. Kesian hati korang. Hitam berdaki,” kata Akhmar.

“Kita nak berjuang untuk Palestin tu dah bagus. Tapi janganlah kita bersikap macam Israel pulak. Suka puak Zionis tengok kita buli sesama kita macam ni.

“Mimi bukan kata dia support Israel pun. Dia mungkin salah cakap, saya pun tak setuju dengan apa yang dia cakap. Tapi sudah-sudahlah rakyat Malaysia nak cyberbully orang macam ni,” kata Carona. – The Reporter

The post Jumlah followers TikToker Syamimia terus menjunam, dari 1.01 juta kini tinggal 945.5K followers appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar