-->

‘Dia hamilkan saya tapi tak nak bertanggungjawab’ – Wanita gesa pelakon muda berhenti berpura-pura

Tular satu dakwaan seorang wanita di media sosial sejak semalam yang mendakwa dirinya telah dihamilkan oleh pelakon muda.

Menurut wanita yang tidak diketahui identitinya itu berkata, pelakon berkenaan enggan bertanggungjawab terhadap kehamilannya itu. Malah dia turut mengheret teman wanita pelakon berkenaan dalam hal tersebut.

“Dia hamilkan saya dan tidak mahu bertanggungjawab, GF dia pun sama.

“Kepada si teman wanita, saya tidak sangka doktor akan bertindak segila ini. Saya kasihankan dia kerana bersama awak. Dia ada pilihan yang lebih baik di luar sana.

“Terima kasih kerana mempermainkan saya seperti boneka dan menjadikan dia serabut supaya dia tidak mempedulikan saya. Itu adalah rancangan awak,” katanya.

Berhenti berpura-pura

Dalam masa yang sama, wanita itu meminta pelakon berkenaan berhenti berpura-pura kononnya diri tidak bersalah. Dan dia yakin orang ramai akan terkejut sekiranya mengetahui perangai lelaki itu yang sebenar.

Selain itu, wanita ini mendakwa dia pernah berada di dalam kereta pelakon itu dan pastinya ada peminat yang memuji lelaki itu baik kerana menolongnya mengangkat beg. Namun, tidak mengetahui apa yang berlaku pada keesokan hari.

Nak cari perhatian & followers ke?

Bagaimanapun, ada netizen yang mendakwa segala tuduhan yang didedahkan wanita ini adalah tidak benar dan semata-mata untuk mendapatkan perhatian dan followers di TikTok.

Tetapi pengadu menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan apa yang didedahkannya adalah benar. Malah dia mempunyai bukti untuk menyokong semua pendedahannya itu.

“Please lah fikir guna akal. Kalau aku nak famous dengan cara ini, buat fitnah all, I wont gaint anything but hates.

“Tapi apa yang saya katakan di sini adalah fakta, ada bukti. Saya tak post semuanya atas sebab-sebab tertentu. Saya mahu dia bertanggungjawab memandangkan dia terlalu sibuk dengan girlfriend dia,” ujarnya.

‘Saya manusia, tak lari dari buat kesilapan’

Tidak kurang juga yang mempersoalkan mengapa pengadu terbabit dalam kegiatan zina walaupun tahu perkara itu salah di sisi agama.

Menjawab persoalan itu, pengadu menjelaskan dia juga seperti manusia yang tidak lari daripada melakukan kesilapan.

“Aku pun manusia, bukan malaikat. Korang macam tak pernah buat dosa.

“So stop questioning ‘kenapa’, ‘dah tau zina’ bla.. bla.. bla.. Yes, ‘tepuk sebelah tangan takkan berbunyi’, but also you need to clean the mess you made and it happened,” katanya yang juga pernah berbincang dengan pelakon itu, tetapi masalah menjadi semakin rumit.

Setakat ini, pelakon berkenaan masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan wanita itu.

Sumber: TikTok

The post ‘Dia hamilkan saya tapi tak nak bertanggungjawab’ – Wanita gesa pelakon muda berhenti berpura-pura appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar