-->

Petani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan perkosa anak tiri dalam pondok kebun

Seorang petani berusia 41 tahun didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar semalam atas pertuduhan memperkosa anak tirinya di sebuah pondok dalam kawasan kebun di Gerik pada awal Oktober 2023.

Bagaimanapun, tertuduh memilih untuk mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Tertuduh didakwa merogol mangsa berusia 11 tahun, di sebuah pondok kebun di Gerik, sekitar jam 3 petang, 3 Oktober 2023.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan, tidak mencadangkan jaminan kepada tertuduh selepas mengambil kira mangsa merupakan anak tiri tertuduh yang juga masih merupakan suami sah kepada ibu kanak-kanak berkenaan.

“Tiada jaminan ditawarkan kerana bimbang berlaku kacau ganggu terhadap mangsa yang sedang menerima rawatan di Hospital Taiping,” katanya.

Mahkamah kemudian menetapkan 15 November 2023 untuk sebutan semula kes, sementara menunggu laporan perubatan mangsa dan tertuduh melantik peguamnya.

Sumber: Kosmo! Online

The post Petani mengaku tidak bersalah atas pertuduhan perkosa anak tiri dalam pondok kebun appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar