-->

‘Keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia’ – Fahmi Fadzil jelaskan kerajaan belum buat keputusan untuk haramkan TikTok Shop

Keputusan Kerajaan Indonesia mengharamkan TikTok Shop di republik itu mengundang kekesalan ramai penggunanya yang banyak menjana pendapatan daripada platform tersebut.

Dalam masa sama, status TikTok Shop Malaysia turut menjadi tanda tanya dan penggunanya berharap langkah yang sama tidak dilaksanakan di negara ini kerana ramai peniaga dalam talian terutamanya daripada golongan B40 menggunakan platform tersebut untuk mencari pendapatan.

Tinjauan di media sosial, ada beberapa individu memuat naik dakwaan yang mengatakan kerajaan akan mengambil langkah yang sama.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil memaklumkan Malaysia masih belum membuat keputusan untuk mengharamkan TikTok Shop.

“Semestinya keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia. Saya minta beberapa maklumat daripada TIkTok Shop untuk memahami situasi sepenuhnya seperti yang ada disebutkan, Jokowi membabitkan penetapan harga, kedaulatan data dan perkongsian data.

“Beberapa perkarai ni telah kita sampaikan kepada TikTok Shop dan mereka akan kembali dengan maklum balas. Kita akan teliti dulu dan jika perlu selepas itu, berdasarkan maklumat yang kita terima dan memahami keadaan sebenar, apa-apa tindakan yang akan diambil akan dibuat selepas itu,” katanya.

Pematuhan TikTok terhadap undang-undang masih tidak memuaskan

Sementara itu dalam pertemuan beliau dengan pengurusan tertinggi TikTok semalam, Fahmi menegaskan pematuhan TikTok terhadap undang-undang Malaysia masih berada di tahap yang tidak memuaskan dan perlu diperbetulkan segera.

Pihak TikTok mengakui, terdapat kelemahan dalam respons mereka berikutan ketiadaan wakil di Malaysia pada ketika ini.

“Saya juga menegaskan perlunya TikTok mencari solusi kepada isu pembelian iklan dan sebaran kandungan di platform terbabit. Ini berikutan aduan daripada gedung-gedung perniagaan, orang awam dan agensi media yang sangat terkesan akibat iklan yang ditempah terus dengan platform media sosial,” ujarnya.

Lindungi data peribadi pengguna

Awal Oktober lalu, Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hasan, mengumumkan Indonesia mengharamkan transaksi e-dagang dalam platform media sosial TikTok yang memberi pendapatan tinggi peniga dalam talian.

Langkah itu diambil bagi melindungi peniaga di luar talian dan pasaran. Ini kerana tawar yang diharga yang ditawarkan terlalu rendah sehingga menjejaskan peniagaan kecil dan sederhana di luar premis.

Selain itu, ia dapat menghalang penyalahgunaan data peribadi dalam kepentingan perniagaan, sekali gus ekositem perdagangan elektronik yang adil.

Sumber: Harian Metro, Astro Awani

The post ‘Keadaan di Malaysia berbeza dengan Indonesia’ – Fahmi Fadzil jelaskan kerajaan belum buat keputusan untuk haramkan TikTok Shop appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar