-->

‘Emak tak redha dengan apa yang Shila buat, stop menipu!!’ – Fauziah Sarman kesal dengan tindakan Shila Amzah & Ubai buka ruang untuk netizen kecam dirinya di media sosial

Bekas isteri penyanyi Datuk ND Lala, Fauziah Sarman, 55, tampil menjelaskan bahawa rumah yang didiami mereka anak beranak kini adalah hak milik anak sulungnya, Shila Amzah.

Jelasnya, Shila yang membayar rumah itu sehingga selesai dan berhak untuk melakukan apa saja mengikut kemahuannya. Sebagai ibu, dia tidak membantah keputusan Shila untuk menjual rumah tersebut. Namun Shila katanya pernah berjanji untuk membenarkan dia menetap di rumah itu selama-lamanya.

“Mak tak pernah bantah andainya rumah keluarga yang dilabel sendiri oleh Nurshahila sebagai rumah pusaka untuk dijual. Kerana mak sedar diri, rumah itu atas nama anak emak yang popular.

“Tak perlu mengingatkan mak berkali-kali tentang itu kerana terserah kepada Nurshahila buat apa sahaja kerana ya, rumah ini atas nama Nurshahila.

“Walaupun tahun lepas ketika abah lari, Nurshahila pernah cakap mujur rumah ini atas nama Shila. Biarlah kekal jadi rumah pusaka, mak tinggal sampai bila-bila. Jangan kisah abah tak ada, orang boleh sara mak. Ini janji Shila pada mak,” katanya menerusi hantaran yang dikongsikan di Instagramnya.

Sumber gambar: mStar Online

Selain itu, Fauziah turut meluahkan rasa kesal terhadap anak sulungnya itu yang didakwa tergamak melemparkan kata-kata kesat terhadapnya. Walaupun dia tahu Shila tidak menghalaunya, tetapi Fauziah faham dengan maksud di sebalik kata-kata anaknya itu.

Tindakan suami Shila, Ubai dalam kemelut itu menambahkan lagi keremukan di hati. Sedangkan sebelum ini Fauziah menerima kehadiran dalam keluarga itu dengan baik.

“Untuk ‘orang luar’ yang pernah mak tatang bagaikan anak sendiri, terima kasih melayan mak begini. Untuk ‘orang luar’ yang baru memiliki Nurshahila terima kasih membuat kesimpulan yang hanya memenangkan diri kalian.

“Kita tiada beza, awak juga cuci kaki masuk rumah. Hati mak memang sudah dikisar halus. Mak bersuara demi maruah mak. Banyak rahsia yang mak simpan sorok selama ini demi namamu sebagai bintang popular,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran itu dipadamkan selepas beberapa minit disiarkan.

Sumber: Harian Metro, mStar Online

The post ‘Emak tak redha dengan apa yang Shila buat, stop menipu!!’ – Fauziah Sarman kesal dengan tindakan Shila Amzah & Ubai buka ruang untuk netizen kecam dirinya di media sosial appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar