-->

‘Pengasuh letak Aulia di posisi meniarap selama 1 jam’ – Ibu dedah, kecuaian pengasuh jadi punca anaknya meninggal dunia

Media semalam melaporkan seorang bayi perempuan berusia dua bulan meninggal dunia semasa berada di bawah jagaan taska terkenal di Seksyen 6, Kota Damansara, Selasa lalu.

Susulan kejadian itu, seorang pengasuh warga asing telah ditahan untuk diambil keterangan. Namun dibebaskan dengan jaminan polis kerana mempunyai anak kecil.

Bapa kepada mangsa, Faizul Ali Adam berkata, pemeriksaan pada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) taska mendapati berlaku kecuaian ketika pengasuh menjaga anaknya, Qaseh Aulia Faizul.

Sementara itu ibu mangsa, Asha Rosli, turut mendedahkan kronologi kejadian di mana pada hari kedua, 10 Oktober, Aulia dihantar ke taska tersebut.

“Hari kedua Aulia dihantar ke taska, insiden tragis menimpa. Aulia tidak lagi bernyawa, dipercayai kerana kecuaian pengasuh taska.

“(Sedangkan) Aulia dihantar dalam keadaan sihat, ceria, hanya tangisan mengiringi empat jam kemudian.

“Punca kematian mungkin disebabkan kesukaran bernafas. Berdasarkan CCTV, pengasuh dipercayai meletakkan Aulia di posisi meniarap selama satu jam tanpa pengawasan.

“Dalam keadaan dibedung, posisi badan meniarap sukar untuk Aulia bernafas. Tengok CCTV, 10 minit juga Aulia struggle berjuang.

“…rasa terkilan dengan cara pengakhiran Aulia disebabkan sikap cuai (pengasuh).

Kes masih dalam siasatan polis di bawah Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana membabitkan penganiayaan, pengabaian dan pembuangan atau pendedahan kanak-kanak. – The Reporter

The post ‘Pengasuh letak Aulia di posisi meniarap selama 1 jam’ – Ibu dedah, kecuaian pengasuh jadi punca anaknya meninggal dunia appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar