-->

‘Besar sangat ke pengorbanan kau tu, berbanding dengan mak yang melahirkan kau?’ – Syafiq gesa Shila Amzah mohon maaf kepada ibu

Media sosial masih lagi membicarakan konflik keluarga penyanyi Shila Amzah. Kedua-dua pihak saling berbalas kenyataan, ditambah pula dengan pihak ketiga campur tangan mendedahkan perkara yang tidak diketahui umum selama ini.

Syafiq Amzah menerusi hantaran di TikTok menggesa kakaknya tampil berjumpa dan memohon maaf kepada ibu mereka, Fauziah Sarman, sebelum terlambat untuk berbuat demikian.

Syafiq turut mengingatkan Shila untuk tidak terlalu bongkak dengan kejayaan yang dimilikinya dan semua itu boleh hilang dalam sekelip mata.

“Mak ni kalau kita marah macam mana sekali pun, kita tak ada hak nak maki atau hina mak kita.

“Besar sangat ke pengorbanan kau tu kalau nak dibandingkan dengan mak yang melahirkan kau?

“Kau berbaktilah 1,000 tahun sekali pun masih tak terbalas jasa mak yang melahirkan kau.

“Jadi kau pergilah jumpa mak, pelik cium dan minta maaf dengan mak sebelum terlambat. Allah nak tarik rezeki kau kejap je. Jangan bongkak sangat kat dunia ni wahai Shila Amzah,” katanya.

Konflik keluarga Shila mula tular di media sosial selepas adik perempuannya, Syada Amzah, mendakwa mereka telah dihalau keluar daripada rumah tersebut.

Shila dalam kenyataan awal menjelaskan rumah itu adalah miliknya dan dia berhak untuk menjual kediaman itu kerana mahu mencari rumah yang lain (kondominium) untuk keluarganya.

Bagaimanapun, Syafiq mendedahkan mereka membantah keputusan Shila kerana rumah kondominium tidak sesuai didiami memandangkan mereka membela hampir 50 ekor kucing.

“Rumah aku ada dekat 50 ekor kucing. Nak campak mana semua kucing? Sebab itu mak nak landed house. Aku etngah dapatkan untuk mak.

“Maintenance kucing pun aku dengan Syada bergilir-gilir beli. Itulah korang tak tahu. Jadi, janganlah main tembak (tuduh). Barang dapur pun kami gilir-gilir beli. Bukan Shila saja,” katanya.

Sumber: TikTok Syafiq, OhBulan

The post ‘Besar sangat ke pengorbanan kau tu, berbanding dengan mak yang melahirkan kau?’ – Syafiq gesa Shila Amzah mohon maaf kepada ibu appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar