-->

‘Kita dah elok senyap, member pulak mengelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni’ – Elly Mazlein luah rasa tak puas hati di IGStory

Bekas pengacara program All Stars Gegar Vaganza (ASGV), Elly Mazlein, semalam memuat naik kenyataan di Instastory yang tidak diketahui ditujukan kepada siapa.

Namun, kenyataannya itu amat jelas menunjukkan bahawa beliau kecewa dengan rakan seindustri yang membuat kenyataan panas berhubung pengunduran dirinya sebagai pengacara daripada program tersebut.

Jelas Elly, keputusannya untuk mengundurkan diri adalah untuk memberi ruang kepada orang lain agar dapat meneruskan tugasnya dengan selesa.

“Kadang-kadang kita terpaksa melupakan tanggungjawab kita. Sebab apa? Sebab niat kita ni baik untuk memberi laluan kepada orang is shaking buat kerja dengan lebih selesa.

“Lagi satu, jangan gaduh pasal rezeki. Allah dah susun baik-baik untuk kita semua. Mengalah tak semestinya kita kalah. Kita ambil keputusan melepaskan untuk tenang dan memilih untuk bahagia.

“Kita dah elok-elok senyap, member pulak mengelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni. Dunia… dunia.

“Menghukum orang tak habis-habis, supaya diri nampak terpaling baik. Makin terserlah kelucuan ini. Ni baru nama lucu. Tak adalah lucu stereotype dulu kini dan selamanya.

“Walaupun sehebat mananya kita, sombong hebat kasi turun sikit dik. Ingat asal usul,” tulisnya.

Minggu lalu, Elly mengumumkan keputusannya untuk mengundur diri sebagai pengacara daripada ASGV minggu ketiga. Tetapi Elly enggan memaklumkan punca sebenar di sebalik keputusan itu.

Sumber: Instagram Elly Mazlein

The post ‘Kita dah elok senyap, member pulak mengelitat nak kita cakap benda busuk bangkai ni’ – Elly Mazlein luah rasa tak puas hati di IGStory appeared first on The Reporter.


LihatTutupKomentar